Jumaat, 29 Ogos 2014

Petua : Menghilangkan Kudis Pada Telinga Kucing

Saya tak pernah buat tapi pernah tengok mak saya buat, (cheq bela kucing cara moden ;) konon, cheq bagi makan had jenis biskut saja, kucing cheq tak jejak tanah, tang mana nak naik kudis), so far Alhamdulillah, kucing saya belum pernah naik kudis.

Minyak yang sudah digunakan untuk mengoreng ikan dituang pada bahagian berkudis itu....idaklah panas-panas dituang, tunggu sejuk.

Berkesan ke? Mmmm, lebih berkesan jika diberi makan kepala ikan bilis. 
Mana lebih senang, mestilah bagi makan kepala ikan bilis :) kalau yang tak makan, boleh gaulkan dengan nasi, kalau tak nak jugak, tumbuk bagi hancur gaul dengan nasi....tak jalan jugak, tangkap dan sumbat dalam mulut.

Nak cuba dengan minyak goreng ikan, tak jadi masalah tapi berminyak-minyaklah pulak, pastu rajin pulak si kucing menjilat, lambat la pulak nak baik! Teringat zaman saya kecik-kecik, nampak saja mak saya pegang kuali...menceceh kucing lari....

Selamat Mencuba :)

# photo dari carian di google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.