Jumaat, 29 Ogos 2014

Kan Aku Dah Cakap!





Kalau tengok gambar di atas ni paham tak apa yang cuba saya bagitau? ;)
Ni nak kasi tau......

Jangan ingat orang yang pakai kereta besar, duduk rumah besar boleh tolong kita...kekadang yang bawa motor cabuk yang boleh membantu kita sama ada harta benda, wang ringgit atau doa mereka. 

Siang tadi kawan saya pergi solat Jumaat....dia cerita kat saya.....
Aku selalu nampak pakcik ni pi masjid awal. Pakcik ni  drive Mercedes Sport kau tau tak....aku kasi salam, dia tak jawab...siap kata 'I have no time'
Kawan saya ni pulak ada interest...cuba-cuba nak bertegur sapa dengan pakcik ni untuk...mmm, mana lah tau akan datang, projek besar masyuk. Ye lah dia nampak pakcik ni bawak kereta besar. Saya dah berbuih mulut cakap kat kawan saya ni....bukan itu caranya! Kawan saya ni pun satu gak, keras kepala, nampak yang bawak kereta besar, berpangkat dia pandang untuk projek dia. Saya kata, awat tak pi approach semua kat dalam masjid tu?

Kawan saya cerita lagi, aku tergamam dengan cara pakcik tu tapi aku doa pada Tuhan 'rahmati hidup insan itu dan jika satu hari ditakdirkan aku kaya raya, elak aku dari semua sikap buruk'. 


#gambar hasil carian di google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.