Isnin, 25 Ogos 2014

Bika Ambon

Hari ini kita cerita pasal makanan...



Saya pesan Bika Ambon ini dari warga Indonesia yang menjaga kawasan kediaman tempat tinggal saya. Saya pesan melalui rakan beliau semasa beliau pulang ke Medan menziarahi isteri yang baru bersalin. Tapi beliau terlupa....beberapa hari yang lepas terjumpa, dia tegur saya 'akak ke yang pesan Bika Ambon'? Apa lagi....'ye' lah jawapan saya. Dia kata pada saya 'nanti saya pesan pada rakan saya yang akan pulang ke sini (mereka balik kampung sejak raya)'. 

Yang boleh terpesan Bika Ambon ini sebab ada rakan pernah ke Medan, memberitahu saya yang kuih ini sedap! Dia kata rasa macam kek gula hangus tapi lagi sedap!

Bila saya dapat kuih ni, saya ambil bau....semacam jer. Saya potong kecil saja...dan makan, mmm...cannot go! Rasanya manis dan pelik pada saya....rasa manis yang sangat, ada rasa limau dan rempah. Antara ramuannya, tepung ubi, gula, jeruk limau dan rempah.

We put it this way, selera orang tak sama. Ye lah, bukan semua orang boleh makan durian, dodol dan sebagainya. Begitulah ceritanya Bika Ambon ini. Terima kasih kerana memberi, saya hargainya. 

Saya buat apa dengan kuih ini....saya kasi kawan-kawan :) Saya kasi juga rakan yang bagi tau saya 'sedap' kuih ni....dia pun tak boleh masuk. Katanya lain dari yang dia makan semasa di Medan dulu....berapa tahun da u pi Medan....kuih pun melalui fasa perubahan dengan macam-macam perisa ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.