Khamis, 29 Mei 2014

Wet vs Dry Food untuk si Kucing

Saya lebih gemar memberi yang dry, yang saya panggil sebagai biskut kucing ;-)
Kenapa? Sebab ia memudahkan saya dan menjimatkan kos :-)

Yang mana lebih baik? Saya sendiri pun tak pasti. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, jika saya beri wet food, najis kucing agak cair dan suhu badan mereka panas. Mungkin juga sebab saya jarang memberi wet food membuatkan kucing-kucing saya alah. 

Dan makanan jenis dry boleh menyebabkan kucing mengalami dehydration. Kena tengok-tengok semasa mereka kencing. Jika nampak diaorang ambil masa yang lama untuk kencing atau kencing cuma sedikit saja, sediakan picagari dan tembakkan air kosong dalam mulut mereka hari-hari.

Kucing pun macam-macam perangai, ada yang suka minum air ada yang tidak, jadi kenalpasti perwatakkan mereka. Yang memang jenis susah nak minum, memang kena sumbat air dalam mulut mereka. Selain itu, saya campur biskut kucing dengan Royal Canin (urinary) (ia juga dalam bentuk biskut). Royal Canin (urinary) ini dicadangkan oleh vet suatu masa dulu, semasa si Tam kesayangan saya mengalami kesukaran membuang air kecil. Selepas itu saya terus amalkan, sekurang-kurangnya setahun sekali makanan biasa mereka dicampurkan dengan Royal Canin (urinary).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.