Sabtu, 17 Mei 2014

Penyakit Pica Pada Kucing

Apa itu Pica? Saya mula kenal perkataan dan penyakit ini bila saya bawa Simba ke vet.

Simba si kurus yang panjang

Kucing saya si Simba ini jenis yang pantang tengok saya makan, mesti dia nak! Bukan nak makan sangat pun tapi pantang tengok! Selagi tak bagi pada dia selagi itu dia meow dan tak senang duduk. Dah bagi dia rasa, bukan selera dia, dia senyap, kalau dah selera dia, bukan dia makan banyak pun! Pernah satu ketika semasa saya makan tangan saya hampir sampai ke mulut, dia sambar  tangan saya! Bertuah punya anak bulus.

Si Simba ini juga suka makan benda yang bukan-bukan - mob saya habis separuh dikerjakan begitu juga dengan tali pengikat pada bantal peluk saya. Lepas makan dia muntah. Kekadang beg plastik pun dia sapu. Ada jenis-jenis plastik yang dia suka. Saya pastikan plastik jenis ini disimpan rapi. Sejadah yang keliling jenis bertali pun habis dikerjakan...hampir botak! Bila ada saja muntah dalam rumah, Simba suspek utama.  Disebabkan selera makan dia yang bukan-bukan, dia kerap dapat selsema, batuk dan badan agak kurus berbanding yang lain. 

Vet minta saya kuarantin Simba. Kata mereka lagi kalau tak boleh kurung, pantau makan minum dan benda-benda dalam rumah. Saya pula jenis biarkan kucing bebas dalam rumah, nak kurung tak sampai hati. Apa yang saya boleh buat hanya pastikan benda-benda yang dia suka makan di simpan di tempat tertutup. Setakat mana sangat saya boleh tutup? Laci dan  almari pun diaorang boleh buka! Nak kunci almari, karang terkunci kucing dalam almari! Saya pernah terkurung kucing dalam almari, nasib baik tak ada apa-apa! Bantal peluk, tak kan nak biar tanpa sarong? Kalau dah dipasangkan sarungnya, nak simpan di mana? Jadinya hampir kesemua bantal peluk di rumah saya tiada tali.


Untuk memastikan Simba sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit, saya beri multivitamin.

Personaliti si Simba pula jenis 'slow & steady' kadang-kadang buat saya risau! Dia sakit ke? Dah lah makan sikit. Pernah saya bawa dia ke vet disebabkan 'slow & steady' dia, confirmed Simba sihat. Ye lah, yang lain aktif, dia macam ni, sebab itu saya kena lebih peka. 

Inilah pica iaitu persistent and compulsive cravings to eat nonfood items.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.