Isnin, 30 Disember 2013

Shopping Akhir Tahun untuk Kucing

Tinggal satu hari lagi sebelum 2013 berakhir, maka akan bertambah usia ku....begitu juga usia kucing ku :-) Apa pun doakan yang terbaik untuk tahun yang mendatang!

Sempat lagi membeli sikit barang untuk kucing-kucing ku....oppps untuk kemudahan saya juga :-) that's the right one! 

Saya ada 2 carrier. My meowmeow 4. Kalau balik kampung, selalunya saya pinjam 1 dari kawan. Snowy memang tak boleh share dengan yang lain sebab dia besar dan mood uncertain! Selalu jadi mangsa berhimpit dalam 1 carrier besar, Suri & Spider atau Suri & Simba. 

Dari nak mengelakkan pinjam orang punya, so this is the beg! Nak kata selesa....boleh lar! Rasa macam nak beli satu lagi saja :-) jadi tak payah lar diaorang share tempat masa travelling back hometown atau ke klinik. Ringan rasa sebab boleh sangkut atas bahu. Lebih praktikal dari carrier dan senang di bawa serta jimat ruang. So siapa yang pertama merasa duduk dalam ni? Spider lar :-) Snowy? No....sebab dia besar sangat...muat memang muat...tapi mesti tak selesa untuk dia.




Yang ini pula untuk menggantikan diaorang punya tempat garu yang lama. Seronok tengok diaorang main bersama-sama....yang pasti (seperti dalam gambar) Suri & Spider seperti jadi jaga kiri dan kanan ;-) Haha, terkedu kot sebab Snowy & Simba agresif!







Yang jelas, beberapa jam kemudian.....satu tiang tercabut! See! Saya cuba-cuba repair tapi tak boleh...terfikir gak nak hantar balik ke kedai & complain, you punya barang tak dak baik.....haha tapi dah jelas meowmeow ku dok pulun main! Saya letak balik tiang tuh, diaorang cabut balik!  Ku biar kan saja.... :-)




Semalam ketika saya baca papers.....oppss ada gambar kucing dengan caption 'how well they sleep' kebetulan si Snowy datang nak tidur atas papers....dia memang tak boleh tengok orang baca papers mesti datang....datang kacau, datang lepak atas papers, kekadang koyakkan suratkhabar. Ini hasilnya.....satu meow asli satu lagi meow dalam suratkhabar yang sama-sama tidur.....enjoy the photos and Happy New Year to All :-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.