Rabu, 4 September 2013

Celcom....Celcom....

Tadi ke kiosk untuk buat bayaran....tertera di pintu kaca 'xxxx'....yang jelas jenguk dalam, mesin bayaran tak der. Kesimpulan....tengah renovate! Tidak dinyatakan mana lagi kiosk ada!

Bila dah macam nih....teringat satu kejadian pada bulan lepas.....saya ke center nak bertanyakan pakej....currently I'm using prepaid, nak tau kelebihan postpaid.....boleh kaunter tuh cakap.......boleh tengok internet! Adoii....tau la kat website celcom semua ada.....bila orang pi sana mesti la nak penerangan lanjut!

Sudah beberapa kali rasa nak tukar ke maxis...digi..tapi ku tahan! Kalau dah berbulu dengan servis mereka....kenapa saya masih dengan celcom? Yang jelas....sebab dari mula pakai telefon bimbit dah memang celcom....tak pernah tukar....tu kot yang malas nak tukar. Saya sendiri pun tak pernah tukar nombor telefon! 

Kekadang terfikir....kalau asyik membebel...lebih baik tukar....! Sekarang logo celcom, lagu mana? Jangan asyik tukar moto, tukar logo tapi servis ke laut! Agaknya ramai lagi orang macam saya yang bising tapi tak bertindak untuk tukar atau make official complaint!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.