Isnin, 26 Ogos 2013

Ramadan yang Baru Berlalu

Baru berlalu atau sudah lama berlalu...Syawal pun dah nak ke penghujung :-)

Bila masuk bulan puasa, ada kurang sikit dengan blog......cuba-cuba  nak karang pun tak jalan juga! Masa di siang hari, berehat...malam, tidurnya awal sebab nak sahur katakan :-)

Dua hari sebelum Ramadan, peti sejuk perlu di penuhi! Alkisah, belanjanya tak besar...cuba buah-buahan! Opps kurma, wajib.Semua di beli di MBG.



Berkenalan dengan air ini di MBG, ambil yang nombor 15....sedap pulak! Dah ketagih sampai sekarang. Tadi pun beli jugak.


Puasa pertama ku sangkut jem selalu hampir 2 jam. Terus singgah di pelita nasi kandar....berbuka dengan nasik kandar lar.

Puasa berikutnya...berbuka sorang diri ;-) di restoran arab (Tajine), buffet katanya....ambik sikit-sikit jer! Sedap ke? Boleh lar tapi sedap lagi bukan pada bulan Ramadan.......dalam banyak-banyak makanan, samosa yang paling sedap!


Banyak kali jugak berbuka sorang diri di luar....tak kisah pun :-)

Yang ini di restoran dekat rumah, pekena soto dan mertabak. 


Ada kalanya ada aktiviti Iftar bersama rakan-rakan. Ini di Bora Ombak. Sedap ke? Mmm....untuk datang lagi buat masa ini tak kot! Kenapa? Makanan bukan selera saya....kurang rasa. Mai kita enjoy permandangan dan susun atur sebahagian restoran ini sempena Ramadan..

Ini pintu masuknya...

Menunggu untuk ambil makanan...


Sudah ku penuhi meja dengan makanan  ;-)

Banyak tak? Hehe....

Ketika mahu pulang...


Esoknya ke Chop & Steak....ini pun serombongan manusia. Tak tahu nak makan apa sebab terbayang-bayang yang di Bora Ombak! Kembang tekak pun ada untuk makan ayam atau daging...

Akhirnya, saya ambik spaggeti goreng, sup cendawan dan garlic bread!


Member sponsor bubur lambok ini. Sedap? Biasa saja...

 Sepanjang Ramadan, sekali saja ke Wong Solo...


Pertama kali mencuba di Ulam Cafe di Kenanga Wholesales Center...the best Malay Food in town! Boleh tahan gak harganya...mahal!


Ada satu hari, semangat mengemas rumah...ambil cuti katakan. Banyak jugak barang yang dibuang...ooppss! Banyak sampah dalam rumahku. Lima bag plastik!


Sambil mengemas, anak-anak bulus pun ikut sama mengemas.....mengacaulah!





Rupanya bukan lima bag sampah! Lapan semuanya....!
Kejadian menimpa diriku semasa membuang bag-bag hijau nih! Terkunci dan aku di luar rumah! Tertekan mangga....adusss! Kunci rumah, handphone...semua dalam rumah! Sehelai sepinggang nihh! Ada terfikir nak mintak jiran panggil bomba untuk potong mangga! Fikir punya fikir....saya ke pejabat maintenance! Nasib baik belum tutup! Mintak tolong dia carikan nombor jiran yang memang saya tinggalkan kunci rumah. Yes....dapat dihubungi, tapi kena tunggu sejam lebih di luar rumah....ye lah nak tunggu jiran habis waktu kerja dan perjalanan dia nak sampai rumah.


Kita sambung bab makan....nasi kerabu. Kalau dah pusing dua tiga kali tapi masih tak tau nak makan apa, yang macam ni yang membuka selera.



Iftar di luar bersama rakan sepejabat, di Riverside...alah yang dekat PWTC tuh. Sedap jugak makananya.





Sekali tuh pekena kambing di Restoran Syed di Petaling Jaya.


Ronda-ronda di shopping mall pada malam. Sapa di atas pentas tuh ;-)? AC Mizal. Fida pun ada. Nak zoom pakai handphone tak pandai, nak pi dekat...ramai lak orang, mmmm gambar jauh jer lah!



 Ku singgah juga di kopitiam kegemaran untuk ini, di Sri Hainan. 


Whal else to say....this is my life ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.