Selasa, 27 Ogos 2013

Membuang Bulu Kucing Dari Fabrik

Bab inilah yang pertama sekali saya fikir masa nak buat blog ini. Sekarang ini baru idea ada. Gambar dah lama snap, nak mengarang...tak jalan-jalan.

Masing-masing ada caranya sendiri nak buang bulu kucing dari fabrik, saya buat macam nih saja. 


Yang pertama guna tape nih. Cara ini elok pada permukaan yang kecil seperti pakaian. 

Bahagian yang ada gam di gulung keluar.


Golekkan pada pakaian.


Ini dia hasilnya.


Buat anak-anak bulus yang bebas dalam rumah macam anak-anak bulus ku, pada sofa dan cadar yang banyak melekat. Saya guna air dan basahkan kain. Towel kecil. Tapi selalunya saya guna tapak tangan saja.



Ini cadar saya . Baru seminggu, dah meriah dengan bulu.

Kita cerahkan sikit photo....


Sebekas air.

Rendamkan tangan...


Kalau terlalu basah, keringkan sikit.

Lalukan tangan pada cadar....

Rendamkan tangan dalam air untuk membuang bulu. Ulang cara di atas....rendamkan tangan, lalukan pada cadar...ulang dan ulang sampai selesai.

Ni hah, bulu kucing..

Begini keadaan air yang dipenuhi bulu kucing selepas beberapa kali tangan di rendam.

Banyak yang dapatkan...

Letak setempat...kita tengok, untuk cadar queen size banyak mana bulu kucing.

Dah bersih sikit kan. Yang bergulung tuh....senang jer nak angkat.

Ni dia....selepas ku perah! Seminggu, banyak nih pada katil queen size saya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.