Isnin, 1 Julai 2013

Cari Apa di Langkawi?

Salah satu tempat yang saya panggil  'pelarian kota'. Saya suka ke sini sebab ada pantai dan pekan....

Kalau ke sini apa yang selalu saya buat?

Lepak tepi pantai, selalunya di Pantai Cenang.

Cari tempat makan. Yang dalam gambar ini antara yang boleh di pilih untuk makan!
 Yang ini pula berdekatan dengan restoran makanan di atas!


Beli coklat di pekan Kuah, Opps gambo...tak dak!

Tempat lain tak pergi ke?
Pergi, bergantung berapa hari saya di sana! Tasik Dayang Bunting, Cable Car, Makan Mahsuri, Kilang Gamat. Masa singkat, Cable Car dan Makam Mahsuri menjadi pilihan....

Kalau dah nampak wayar ini...tau-tau saja di mana kan!



Tak beli Pinggan Mangkut dan kain batik ke? 
Tak minat lah....


Tinggal di mana? 
Bergantung pada keadaan....selalunya berdekatan dengan Pantai Cenang atau Pekan Kuah. Ada sekali tuh booking hotel yang dekat dengan airport...macam dalam gambar nih, memang nampak airport dari hotel...

Ini hotelnya....masih wujud ke hotel nih? 


Pengangkutan?
Sampai Langkawi, saya sewa kereta. Untuk ke Langkawi selalunya dengan flight.

Bila ke sana?
Saya cuba elak cuti sekolah. Seboleh-bolehnya pergi pada hari kerja, sebab jalan tak sesak dan sewa kereta murah!

Lain-lain?
Kalau ke tempat jual gamat, beli tak ingat dunia..dengan minyak gamat, minyak kayu putih, balm pala dan macam-macam lagi saya borong!

Kejadian yang masih dalam ingatan?
Kereta Sewa - semasa sewa nissan sentra....sampai di petrol pump saya tak jumpa cari tempat untuk buka tempat minyak tuh...puas cari sampai kena refer buku panduan yang diletakkan dalam bonet!

Hotel - tahu hotel yang saya booking tuh sebelah airport tapi tak sangka pulak betul-betul sebelah airport! Macam start injin kereta ke rumah sebelah jer...

Kapal Terbang - saya naik Air Asia, masa pergi di KLIA...balik turun LCCT. Kiranya masa saya balik tuh adalah hari pertama Air Asia landing di LCCT. Inilah rupa LCCT masa hari pertama beroperasi



Satu lagi...ini juga kali pertama saya naik Air Asia, jadi kali pertama juga beli makanan dalam flight....saya makan nasi lemak dan minum 100 plus. Apa jadi? Saya pening....on the way ke rumah, saya muntah dalam teksi! Itu bahana, terlebih makan dalam flight...makan pula yang berangin!

Antara photo yang sempat dirakamkan dalam kapal terbang sebelum saya pening.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.