Rabu, 19 Jun 2013

Yang Ringan-Ringan

Masa mula buka blog, antara yang nak diletakkan di blog ini adalah aktiviti makan angin saya di dalam dan luar negeri. Tapi sampai sekarang tak buat lagi! Baru taip dua tiga baris ayat tentang percutian...delete! Susahnya nak cerita....

Semoga catatan ini menjadi permulaan untuk saya kongsi aktiviti cuti-cuti saya.

Kalau dulu bercuti suka yang lasak dan sempoi...tinggal dalam khemah, masuk hutan, panjat gunung! Kalau ke luar negara backpack dan budget jer.


Pandai pasang khemah, masak guna kayu....sekarang, tau lagi ke? Entah...
 


Panjat memanjat nih memang dinantikan...



Sekarang, kalau keluar negara (tolak tepi Singapura & Brunei) kalau boleh semua nak melalui travel agent. Senang semua mereka uruskan :-) 


Sampai jer, orang dah sediakan makanan ringan nih...


Tu agaknya badan jadi berat, sebab dah tak lasak macam dulu....sekarang dah tak nak masuk hutan, panjat gunung lagi! Nak yang ringan-ringan saja....aktiviti pun ringan-ringan, sembang pun nak yang ringan-ringan ;-) maka keputusannya badan jadi berat!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.