Rabu, 5 Jun 2013

Sembang Duda & Janda...

Macam-macam status ada! 'Form' yang pernah kita isi hanya menyatakan 3 saja....'bujang, berkahwin atau divorce....kalau detail sikit ada colum 'others'! Mmm, others tuh untuk apa ya? 

Hakikatnya ada yang macam nih...
 
Yang bujang....ada yang bujang terlajak
Yang berkahwin...ada yang merahsiakan
Yang bercerai...yang ni pun ada yang tak nak nyatakan status!
Kesimpulannya....ada ke yang bujang nak ngaku kahwin? Tapi ada yang dah berkahwin merahsiakan status dan yang baru tukar status dari berkahwin ke bercerai yang tak nak declare.....yahg kahwin semula pun ada yang tak nak declare....yang ada bini lebih dari sorang, macam mana....ada ke nak declare!

Kenapa? Hak masing-masing.....ada yang rasa benda ini terlalu peribadi. Salah ke? Bagi saya, tak? Ada juga rakan yang berkata....'susahlah, kat company ni mulat sorang-sorang macam longkang, nanti aku declare kang, kecoh'!
 
Kat ofis saya...macam-macam status ada....yang nak kongsi status mereka, saya ok....yang tak nak pun...saya tak kisah!!!!

Tapi...ini ceritanya....ada duda dan janda (dalam satu department)....yang saya perhatikan....yang duda & janda nih macam mudah get together....mungkin status masing-masing membuatkan mereka selesa bersama untuk bercerita....! Both of them declare status diaorang sebagai  divorce di syarikat. Ada juga duda lain...tapi yang ini tak declare.....mmm, yang nih macam tak berapa nak join yang 2 ketul tuh....

Saya perhatikan makin hari, mereka makin selesa  bersembang...ada masanya, makin lama sembang makin perlahan...macam berbisik, kekadang yang janda tuh ke workstation dudu tu dan ada kalanya yang duda tu ke tempat janda...waktu kerja nih! Kalau nak berbisik pun...berpada-pada sikit, janganlah nampak kerap! Satu hari tuh, saya memecahkan kebuntuan....apa lagi....saya kasi bising sikit! Macam nih....dengan kuat saya kata 'Persidangan Duda & Janda'!

Sindir tuh...diaorang balas 'celaka ko'! Haha...lepas kejadian tuh, kurang sikit nampak aktiviti diaorang....kalau luar waktu bekerja diaorang nak sembang ke, lepak ke....wa tak ambik pot!

Nak tau apa yang diaorang sembangkan? Saya pernah terdengar....ceritanya ini, 'lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan yang hadir dalam hidup mereka selepas mereka bercerai'! Diaorang bercerita jugak bab putus cinta selepas bercerai!

Yang janda tuh pernah cerita bab jantan dengan saya tapi sebab saya bosan dengar cerita sama....saya tembak dia macam nih 'ko nih...jantan-jantan, lain tak der ke? apa yang ko nak?' Beb...dia ngadu dengan member lain....dia kata 'saya tak faham hati seorang janda'! So? 

Bagi saya status is nothing tapi sikap orang! Tak kisahlah status orang tuh apa...kalau jenis suka  bercerita bab jantan, dia bercerita jugak....cuma yang lain dalam department tuh tak minat cerita macam nih...tuh kot beralih arah ke duda tu untuk bercerita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.