Sabtu, 15 Jun 2013

Rumpai Laut Ku

Sekarang top lagi ke? Ini pengalaman saya guna / makan rumpai nih. 

Orang kata ibu kologen....lepas tuh ada yang menafikan! Saya percaya ia tak punya kologen tetapi mengandungi anti oksida yang tinggi.

Saya pernah makan tetapi yang putih saja. Dah beberapa kali beli yang ungu tapi semuanya di jual pada rakan-rakan...saya tak tahan sebab baunya kuat dari yang puth. Orang kata yang ungu tuh elok! Satu hari nanti pasti saya makan :-)

Gred A la....gred triple A lah...macam-macam yang diberitakan kebaikan rumpai ini berdasarkan warna. Yang belum saya jumpa, yang warna hijau. Orang kata, ini yang paling elok!

Saya beli benda ini terus dari Sabah. Masa mula-mula keluar, mahal....rasanya sekarang dah murah. 

Macam mana saya masak? Ini untuk yang dalam paket kecil...100 ke 120 gram.

1. Basuh rumpai ini 6 ke 8 kali. Air basuhannya jangan buang, boleh buat rendam kaki.
2. Rendam semalaman.
3. Basuh lagi, air basuhannya jangan buang. Boleh guna untuk rendam kaki. 
4. Rebus dengan 2 ke 2.5 liter air. Berapa lama? 20 ke 30 minit. Saya rebus dengan api yang kecil sehingga berbuih!
5. Masukkan ke dalam bekas. Masukkan ke dalam peti sejuk setelah ia tak lagi panas. 

Boleh pilih, nak letak dalam bekas kecil ataupun besar....akan datang kalau saya buat lagi, saya akan letak dalam bekas kecil. Senang, sekali nak makan ambil satu bekas. Sedap jika dicampur dengan rebena. Saya pernah campur dengan jus oren tapi kurang sedap. Bagi yang simpan dalam bekas kecil, boleh campur dengan rebena sebelum disimpan di peti sejuk.

Bila dah disejukkan rupanya macam agar-agar. 

Oh ya...ada yang tapis sebelum masuk dalam bekas....saya tak! Terus jer tuang dalam bekas. Bila nak rebus, saya tunggu air betul-betul panas, baru saya masukkan rumpai nih. Ada yang rendam dengan daun pandan, basuh dengan limau...saya tak buat semua tuh...

Ini rupanya....lepas dah sebati dengan air...



Saya makan pagi (sebelum sarapan) dan malam (sebelum tidur). Tekak kering sikit. Mana-mana produk yang anti oksida memang memerlukan banyak air. Kalau kurang minum air, lambat sikit tindak balas. 

Kesan paling cepat pada tumit kaki. Bagi yang pecah-pecah, dalam 3 hari dah nampak kurang. Badan pula bertenaga. Boleh juga dijadikan mask. Untuk mask, saya ambil satu sudu besar dan sapu ke muka. Pakai dalam 10 ke 20 minit dan bilas dengan air suam. Kulit terasa tegang. 

Sekarang ini ada yang jual dah siap di masak. Saya lebih suka buat sendiri sebab kita yang tahu citarasa sendiri...entah orang yang buat tuh, basuh bersih macam kita ke...kita tak tau...

Ada sesiapa nak? Pakej kecil ungu RM10 jer ;-)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.