Khamis, 20 Jun 2013

Pakaian Muslimah?

Kurang setuju bila orang guna perkataan 'pakaian muslimah' tetapi pakaiannya menampakkan susuk badan! Pernah melihat rakan memakai jubah (longgar) yang memang cantik tapi materialnya membuatkan nampak garis seluar dalam!

Melihat di kaca TV 'fesyen show pakaian muslimah', kalau tak silap rancangan nona...artis yang menggayakan pakaian tu, bila di interview...artis tu kata  'tutup aurat'...! Aduss! Tolonglah, pakaian yang dia pakai tuh ikut bentuk badan dan tudung tak labuh!

Baru-baru nih menonton channel 712....adalah E New Asia cakap pasal satu fesyen show kat Indonesia...fesyen muslimah...mmm sama juga, yang saya nampak tidak memenuhi ciri-ciri tutup aurat....!

Saya tak nak cakap 'dosa' 'pahala' sebab bagi saya itu urusan Tuhan...tapi berhati-hati mengunakan perkataan pakaian muslimah, membuat / design pakaian muslimah dan memakai pakaian muslimah!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.