Isnin, 10 Jun 2013

Jiran Memecah Kesunyian

Selama ini mungkin vokal saya yang paling power di kawasan ini. Vokal yang power adalah cara  bermesra dengan meowmeowku ;-)

Sekarang ini, punya jiran baru.....baru tak baru, lebih dari sebulan berpindah ke sini. Jiran ini, vokal dia boleh tahan jugak....menjerit dan kecohnya memanggil anak-anaknya!

Mula-mula diaorang pindah, ada terkejut jugak.....ye lah, nak membiasakan diri dengan suara-suara yang selama ini tiada....

Tadi, ada tension pulak...! Entah apa yang dibuat....entah mesin blender atau mendrill dinding...dari petang sampai hampir malam! Bukan saja saya yang tension....meowmeow pun sama kot! Mana taknya, sekali bunyi bising, berlari meowmeowku menyorok! Aduss....!

Vokal jiran berakhir pada malam hari, sebentar tadi dengan ini.... 'masuk'!!! 

Meowmeow, jom tidur.... :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.