Ahad, 2 Jun 2013

Aku dan Makanan


Berat badan naik...risau! Diet? Sekejap jer, lepas tu balik ke asal....makan dan makan! 


Yang tak dapat dipisahkan...coklat dan coolblog! Opps...tupperware pun tak boleh dipisahkan...bulan nih, beli lagi!

Coklat pilihan, calbury...konan nak kawal berat, dah tak ambil yang coklat saja tapi yang bersama biskut! Coolblog pula...apa lagi kalau bukan perisa vanila coklat :-)


Jalan-jalan di Tesco...terpandang ramai umat di bahagian barang basah...saya pun nak tau juga! Tanya, mereka di situ. Katanya, pukul 7 malam ke atas, barang basah terpilih seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya dijual pada separuh harga! Mmm...baru ku tahu. Boleh pulak hari tu, pi ikut sama tunggu...dah 7 lebih dah, belum nampak barang dikeluarkan...
Masih tunggu lagi....nah kau! Berebut! Saya pun terlibat sama! Dapatlah saya capai ayam pencen, udang harimau dan ikan! Yang dah selamat dimasak ikan dan udang! Ayam tua....mmm selamat disedekahkan kepada kucing-kucing di luar rumah!

Nak bagi tau nih....sebelum diaorang letak barang-barang tuh, saya nampak pekerja Tesco tuh ambil 2 ke 3 bungkus sotong dan diberi kepada salah seorang pelanggan! Mmmm, nih mesti kenalan dia....yelah tak payahlah berebut macam kitaorang nih!


Pada hari yang berlainan, dapur yang jarang berasap nih berasap dengan sup ayam! Tak pakai ayam pencen yang dibeli tuh! Saya beli kemudian, 3 ketul...! Habis ke? Tak...jadinya kita kongsi dengan kucing ;-)
 
Tengok tuh....tulang kita kasi meowmeow! Si Simba saja yang tau makan...yang lain ambil bau dan jilat saja! Nak ajar makan dalam pinggan tapi meowmeow tak tau...dia ambiknya dan letak di lantai! Kena bagi kursus lagi nih...kursus makan dalam pinggan!



Makan dan makan....beberapa hari kemudian....balik kerja, singgah pula makan laksa di Old Malaya Kopitiam. Walaupun pernah ada kurang pada laksanya, tapi asal singgah di sini, mesti nak makan laksa!


Mari hari risau tentang berat badan....mula cari buah...kononnya  diet! Makan buah saja untuk lunch!


Lepas tuh, tak sentuh nasi langsung! Ni ha tengok! Goreng kentang dan udang guna butter saja! Udang tuh diperam dengan garam dan lada hitam saja! Sedap jugak!

Hari berikutnya, hari diet juga. Makan pula jagung yang direbus...

 No nasik ok! Buah plum, boleh!


Diet dan diet, di satu petang, singgah lagi di Old Malaya lagi....makan laksa lagi!


Diet ke? Ni hah, ada biskut tat yang sedap....6 bijik RM3. Konon sehari sebijik jer...ambik ko...sekali hadap semua habis!


Diet dan diet...konon! Ambik ko, sekali makan nasik...di restoran arab lagi! Licin.....

Di hujung minggu, masak pulak kari ikan....diet tau....cicah dengan roti saja....

 Satu hari tuh, pukul 10 malam, hentam makan meehoo hailam...! 

Mood masak datang! Kita buat spaghetti! Habis ke? Tak...no worries, kuahnya boleh simpan!

Amacam....ada rupa diet tak? Apa pun, dah malas nak fikir pasal diet....cukup sekadar ingatkan diri sendiri untuk makan berpada-pada ;-) Macam mana tuh? Makan sikit dan dah mula 'no sugar' untuk minuman. Ye ke? Tapi kalau minum teh ais, mana boleh 'no sugar', pelik pulak rasanya nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.