Jumaat, 31 Mei 2013

Yang Sengal & Muka Selenga

Sembang dengan kawan pasal perangai meowmeowku...maka terkeluarlah perkataan Sengal & Selenga! Perangai yang comel-comel, lambat sikit nak dapat gelaran....yang nakal-nakal nih, nah ko...lekat gelaran!

Si Snowy nih....mak saya pernah kata, 'dia nih kena pi jumpa pakar sakit jiwa'! Snowy nih tak boleh dok diam...ada jer kerenah dia! Saya bangun lambat, dia campaknya barang-barang saya, dia tau jer saya nak keluar rumah...dia naik atas rak kasut dan cakar saya, pernah pukul 4 pagi diciumnya di muka saudara saya yang sedang tidur, semalam...saya nak angkat si Suri masuk ke dalam rumah....dia gigitnya tangan saya dan macam-macam lagi karenahnya! Maka dapatlah nama 'sengal'! Sebelum dapat nama sengal, selalu kata dia nih nakal sangat.



Yang ni pula, si Simba! Suka quote dia sebagai degil! Pantang saya makan atau masak....mesti dia menyebuk. Kekadang saya jentik telinga, dia buat tak tau...tak berganjak pun dari tempat dia duduk! Lekat nama 'muka selenge'. Member saya kata Simba ni muka selamba....ye lah buat salah, kita marah pun...dia tengok kita macam tak der perasaan! Takut pun idak!



Nama-nama nih gelaran tau, bukan saya panggil diaorang dengan nama-nama nih! Tak selalu sebut pun, kekadang jer....macam nih 'ko nih sengal lah'! 

Suka ambil gambar meowmeow ku yang sedang tidur atau tengah stim nak tidur ;-)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.