Rabu, 22 Mei 2013

Mazidur & AirAsia

Siapa lebih besar?
Badan....Mr.  Mazidur, wartawan
Kuasa / Pangkat / Kedudukan....Mr. TF, orang besar AirAsia

Ini bukan nak cari gaduh tapi nak tengok mampukan seorang wartawan menggegarkan mereka yang berkedudukan!

Rentetan kisah bayi dan ibunya yang menerima layanan yang kurang memuaskan di Ho Chi Minh City, Mr. Mazidur kata ada pendedahan yang bakal keluar di Buletin Utama TV3 ( klik sini ) Tunggu saja apa yang Mazidur akan dedahkan. Nak tau lebih lanjutan apa terjadi pada bayi dan ibunya, intai-intailah blog Mr. Mazidur Akmal Sidik. Antara ceritanya ( sini juga )

Ini pengalaman saya :

Saya pernah ke Ho Chi Minh City lebih kurang 3 ke 4 tahun lepas dengan AirAsia. Booking online untuk penerbangan tengahari. Booking memang awal sebab nak tiket murah, yelah 'everyone can fly'. Pada hari kejadian, tunggu punya tunggu, tak naik-naik untuk check-in! Saya ke customer service untuk bertanya, diaorang pun check, pastu diaorang kata, 'flight cik petang'! Saya kata 'saya booking, flight tengahari'. Staff AirAsia kata 'ada dua jer penerbangan ke Ho Chi Minh, pagi dan petang'! Saya tak buat bising....tunggu je sampai ke petang!

Selepas kejadian, jika saya naik AirAsia, beberapa hari sebelum berlepas saya akan call & check flight details. Pandangan saya, kalau flight tu lewat tak jadi masalah tapi jika diawalkan...dah terlepas!

Singapura pun ada kapal terbang tambang murah, Tiger Airways. Dari segi servis, saya rasa Tiger Airways lebih baik. 

Ini pula komen mereka-mereka yang saya kenali :

1. Staf AirAsia - pramugari : letih, trip banyak! yang angkut bag (kebetulan x MAS) : facilities tak macam MAS, penat, menyesal tinggalkan MAS! yang jaga flight take-off : syif tak macam dulu, letih sangat! Adakan staff AirAsia diperah tenaga habis-habisan? Adakah mereka bekerja dalam keadaan tertekan? 

2. Staf  DRB Hicom - kalau syarikat XXX tak lupuskan hutang lapuk, AirAsia tak maju macam sekarang!

3. Rakan saya pernah menghadiri temuduga sebagai pramugari di AirAsia dan berjaya tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Alasan rakan saya 'tak sanggup la pakai skirt pendek tuh'! Saya kata 'dah tau ini yang ko kena pakai, pergi buat apa temuduga tu'! Rakan saya jawab 'saja nak test power, lagipun mana tahu kalau diaorang boleh pertimbangankan skirt untuk aku labuh sikit'! Kejadian ni 8 tahun sudah....

4. AirAsia tu fund datang dari Ananda Krishna, you tengok lah flight dia yang dari Malaysia, semuanya mula dengan AK....kata rakan saya, seorang ahli perniagaan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.