Jumaat, 31 Mei 2013

Yang Sengal & Muka Selenga

Sembang dengan kawan pasal perangai meowmeowku...maka terkeluarlah perkataan Sengal & Selenga! Perangai yang comel-comel, lambat sikit nak dapat gelaran....yang nakal-nakal nih, nah ko...lekat gelaran!

Si Snowy nih....mak saya pernah kata, 'dia nih kena pi jumpa pakar sakit jiwa'! Snowy nih tak boleh dok diam...ada jer kerenah dia! Saya bangun lambat, dia campaknya barang-barang saya, dia tau jer saya nak keluar rumah...dia naik atas rak kasut dan cakar saya, pernah pukul 4 pagi diciumnya di muka saudara saya yang sedang tidur, semalam...saya nak angkat si Suri masuk ke dalam rumah....dia gigitnya tangan saya dan macam-macam lagi karenahnya! Maka dapatlah nama 'sengal'! Sebelum dapat nama sengal, selalu kata dia nih nakal sangat.



Yang ni pula, si Simba! Suka quote dia sebagai degil! Pantang saya makan atau masak....mesti dia menyebuk. Kekadang saya jentik telinga, dia buat tak tau...tak berganjak pun dari tempat dia duduk! Lekat nama 'muka selenge'. Member saya kata Simba ni muka selamba....ye lah buat salah, kita marah pun...dia tengok kita macam tak der perasaan! Takut pun idak!



Nama-nama nih gelaran tau, bukan saya panggil diaorang dengan nama-nama nih! Tak selalu sebut pun, kekadang jer....macam nih 'ko nih sengal lah'! 

Suka ambil gambar meowmeow ku yang sedang tidur atau tengah stim nak tidur ;-)









Mangsa Buli

Pagi tadi, masa saya nak pergi kerja, si Suri nih dibuli oleh tiga beradik dia yang lain! Entah apa punca! Yang jelas, Suri terpelusok di balik bakul dan si Simba sampai kembang-kembang bulunya. 

Dah la si Suri nih badannya kecik! Ini yang saya nampak....yang saya tak nampak, apa lagi yang meowmeow ku buat?

Yang bawah ni bukan gambar si Suri masa kena buli ;-)

Macam-macam yang meowmeow boleh buat kan sama ada masa saya ada di rumah atau tidak....tadi, pulang dari kerja, saya nampak si Snowy dok hidu lantai bilik...mmmm, dalam kepala saya, mesti ada sikit dot dot dot diaorang yang terjalit....belek punya belek tak nampak, tak kan nak ambil bau! Mmmm, saya ambil jer mop dan mop jer satu rumah!

Selasa, 28 Mei 2013

Layan Makan di Old Malaya Kopitiam

Pernah saya cerita dulu.....macam bukan tekak saya saja Old Malaya nih! Yelah sebab ambil set ubi kayu dan ayam penyet (klik sini)....saya bukannya makan ubi dan ayam penyet pula dah terbiasa dengan Wong Solo.

Kebelakangan ini saya kerap pulak makan di sini....puncanya saya makan dua benda ini...pergghh, memang selera saya! Laksa dan Roti Bakar...



Selepas tuh asyik berulang makan di sini. Dalam masa sebulan, macam-macam yang saya cuba. Pernah satu ketika, dalam seminggu sampai 5 kali ke sini....

Tengok nih...

















Apa yang saya rekomen makan di sini? Mmmmm, roti jon, nasi ayam, nasi lemak dan laksa lemaknya....itu jer kot...

Nih nak bagitau sikit....kebelakangan ni asam laksa dia dah tak macam mula-mula saya makan :-( ada kurang pada rasanya. Sebelum ini saya letak asam laksa di sini yang terbaik mengatasi yang di Nyonya Color dan Ah Cheng Laksa tapi sekarang dah terbalik....Old Malaya jatuh nombor 3. Kerasa saya penggemar laksa....walau tau rasanya dah kurang, jika ke sini, masih cari asam laksa!

Apa pun, sini antara port lepak saya ;-)

Ahad, 26 Mei 2013

Majalah Gila-Gila

Kesukaan saya semasa zaman persekolahan dulu. Telah lama ditinggalkan, baru-baru ni terbeli! Ingatkan tak wujud lagi dipasaran.


Selain Gila-Gila, Gelihati pun saya layan zaman kecik-kecik dulu....sekarang tak nampak pun Gelihati!

Selepas diselak-selak  Gila-Gila yang saya beli tu....mmmm tak sekelakar dulu! Adakan sebab lama saya tinggalkan atau zaman dah berubah, saya dah kurang minat benda-benda macam ni atau memang dah kurang best! Apapun saya happy giler bila nampak majalah nih!

Rabu, 22 Mei 2013

Mazidur & AirAsia

Siapa lebih besar?
Badan....Mr.  Mazidur, wartawan
Kuasa / Pangkat / Kedudukan....Mr. TF, orang besar AirAsia

Ini bukan nak cari gaduh tapi nak tengok mampukan seorang wartawan menggegarkan mereka yang berkedudukan!

Rentetan kisah bayi dan ibunya yang menerima layanan yang kurang memuaskan di Ho Chi Minh City, Mr. Mazidur kata ada pendedahan yang bakal keluar di Buletin Utama TV3 ( klik sini ) Tunggu saja apa yang Mazidur akan dedahkan. Nak tau lebih lanjutan apa terjadi pada bayi dan ibunya, intai-intailah blog Mr. Mazidur Akmal Sidik. Antara ceritanya ( sini juga )

Ini pengalaman saya :

Saya pernah ke Ho Chi Minh City lebih kurang 3 ke 4 tahun lepas dengan AirAsia. Booking online untuk penerbangan tengahari. Booking memang awal sebab nak tiket murah, yelah 'everyone can fly'. Pada hari kejadian, tunggu punya tunggu, tak naik-naik untuk check-in! Saya ke customer service untuk bertanya, diaorang pun check, pastu diaorang kata, 'flight cik petang'! Saya kata 'saya booking, flight tengahari'. Staff AirAsia kata 'ada dua jer penerbangan ke Ho Chi Minh, pagi dan petang'! Saya tak buat bising....tunggu je sampai ke petang!

Selepas kejadian, jika saya naik AirAsia, beberapa hari sebelum berlepas saya akan call & check flight details. Pandangan saya, kalau flight tu lewat tak jadi masalah tapi jika diawalkan...dah terlepas!

Singapura pun ada kapal terbang tambang murah, Tiger Airways. Dari segi servis, saya rasa Tiger Airways lebih baik. 

Ini pula komen mereka-mereka yang saya kenali :

1. Staf AirAsia - pramugari : letih, trip banyak! yang angkut bag (kebetulan x MAS) : facilities tak macam MAS, penat, menyesal tinggalkan MAS! yang jaga flight take-off : syif tak macam dulu, letih sangat! Adakan staff AirAsia diperah tenaga habis-habisan? Adakah mereka bekerja dalam keadaan tertekan? 

2. Staf  DRB Hicom - kalau syarikat XXX tak lupuskan hutang lapuk, AirAsia tak maju macam sekarang!

3. Rakan saya pernah menghadiri temuduga sebagai pramugari di AirAsia dan berjaya tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Alasan rakan saya 'tak sanggup la pakai skirt pendek tuh'! Saya kata 'dah tau ini yang ko kena pakai, pergi buat apa temuduga tu'! Rakan saya jawab 'saja nak test power, lagipun mana tahu kalau diaorang boleh pertimbangankan skirt untuk aku labuh sikit'! Kejadian ni 8 tahun sudah....

4. AirAsia tu fund datang dari Ananda Krishna, you tengok lah flight dia yang dari Malaysia, semuanya mula dengan AK....kata rakan saya, seorang ahli perniagaan.






Sabtu, 18 Mei 2013

Comel Ler Tuh !

Antara yang akan dilakukan oleh meowmeow Snowy untuk tarik perhatian saya! Meowmeow Snowy akan cakar cermin meja solek! Dia berdiri dan kaki depan dia guna untuk cakar cermin! Kalau saya berterusan buat tak tahu saja, meowmeow Snowy akan campak barang-barang saya yang ada di dalam bakul merah tu ke lantai! Yang saya geram sangat, barang dermalogica saya yang selalu jadi mangsa! Apasal, jealous ke tak dapat pakai! Bila dia mula kacau barang dermalogica saya, masa tuh saya standby bantal untuk campak kat dia! Kalau saya malas nak layan karenah dia, saya biarkan saja dia jatuhkan bakul tuh ke lantai! Baru-baru ini, selepas dia jatuhkan barang saya ke lantai, dia ajak adik beradik dia yang lain main barang-barang yang jatuh tuh sampai eye cream saya berlubang!

Geram betul dengan karenah meowmoew Snowy nih tapi comel sangat :-)

Rabu, 15 Mei 2013

Lagi, Lagi dan Lagi

Beli lagi! 
Apa dia? Yang ini! 
Tupperware....yang nih bulan sudah punya ;-) tadi baru order lagi dari katalog baru!


Untuk apa? Hobi!
Ada tempat nak letak? Dah penuh dah almari....
Apa nak jadi pun tak tau la...setiap kali katolog baru member hulur, mesti gatal nak membeli! Kalau member tak hulur pun, siap tanya, 'dah keluar belum katalog baru'!


Cuci Diri

Lihat pada diri sendiri dan bertindak untuk jadi yang lebih baik :-)


Kembali

Saya sudah pulang :-)

Pulang dengan penuh kegembiraan, kepuasan, keletihan....setelah jutaan habis! Yang pasti, aktiviti mengemas belum lagi tamat....sebenarnya baru saja bermula...

Diri rasa macam di bawah nih! Macam-macam ada....

Rabu, 8 Mei 2013

Pergi Membawa Diri

Kurang dari 8 jam untuk saya bertolak ke suatu destinasi.



Salah satu tempat yang bakal dikunjungi, adalah di sini....



Mata masih belum boleh lelap.....kerana excited ke? Tak jugak! Memikirkan yang ini, yang ditinggalkan....



Kali ini meowmeow ku tak ke boarding. Ada rakan yang tolong tengokkan. 2-3 hari yang lepas dah bagitau meowmeow ku akan hal ini. Bunyinya macam ni 'jaga diri baik-baik, kita tak der 4 hari jer, nanti auntie sebelah datang tengok tau'! Ku ulang dan ulang sehingga tadi! Sedih....tak mau fikirlah :-(

Ahad, 5 Mei 2013

Hari Mengundi

Saya datang untuk menjalankan tugas saya sebagai 'rakyat' hehe....
Gambar dari FB.

Jumaat, 3 Mei 2013

Kucing Batman

Kerana kucing, ada liked beberapa page 'kucing' di FB. 

Yang ini dikongsi di Dunia Kucing.....


Dua kali pandang! Yang pertama...ini orang pakai topeng ke? Kedua....ya kucing! Confirm kucing :-)