Rabu, 10 April 2013

Naik Lagi !

Apa yang naik? Apa lagi kalau bukan berat badan! Memang tension tapi tak da apa yang nak dikesalkan. Diakui lately ni memang banyak makan....sana sini singgah makan! Tahu badan tak macam dulu, boleh makan apa saja. 

Selama sebulan secara konsisten bersenam, ingat turun tapi naik....mana tak nya, lagi banyak senanam lagi banyak makan...yelah banyak tenaga digunakan. 

Tadi terkedu sekejap sebab minggu sudah timbang sekian2 berat dan hari ini timbang, naik 1kg! Hari ini terus tak makan nasi...lunch dengan buah saja, malam pula makan ayam goreng saja. 

Orang kata, kalau tak cukup tidur pun berat boleh naik....tension pun berat naik! Adoi!!! Yang jelas punca berat naik sebab makan dan makan, dan tak boleh meninggalkan coklat!

Ku tinggalkan catatan ini dengan gambar berikut. Ini diambil 2 minggu lepas. Baru ku tahu di Seksyen 7, Shah Alam telah diletakkan alat untuk bersenam. Pergi pada malam hari dengan rakan. Lepas cuba terus semangat 'esok kita nak datang lagi'! Datang ke? 'Tak'!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.