Sabtu, 6 April 2013

Misi Menyelamat di Airport

Kerja macam saya pun ada 'on call'! Faham-faham saja, bila ada elaun telefon, ada call kena jawab.

Malam semalam lebih kurang pukul 10 malam saya sudah diberitahu, kemungkinan besar saya perlu ke airport hari ini. Sama ada ke LCCI atau KLIA saya tak tahu lagi sebab orang yang dalam kesulitan itu tidak dapat dihubungi. Malam tu jugak saya dah call sana sini untuk dapatkan info.

Pagi ini, hampir pukul 7 pagi dapat call tentang misi ini....memang sah kena pi airport. Saya call member seangkatan untuk bersiap di pejabat in case perlu bawa dokumen dan saya pula terus ke airport.

Ceh...bunyi macam besar sangat misi ni...lalalala! Tak der la apa sangat....tak der apa pun, hampir pukul hampir pukul 12 tengahari baru misi selesai.

Ceritanya macam ni....

Ada member sepejabat, bukan warganegara sini...dia ke Singapura semalam tetapi imigresen Singapore deny entry dia di sana...so dia kena deport balik ke sini dan akan dihantar pulang ke negara asal.

Dia dengan kredit telefon tinggal RM1 dan bateri telefon nak kong! Pesan dengan dia, 'miss call me' and I will call you back!

Dapat jumpa dia pun hampir pukul 11 pagi. Lepas sepatah dua cakap dengan dia, menitik pulak air mata dia! Dia bagi tau, selepas di tahan di airport singapore, dia di layan macam orang bersalah, dia tak tau apa salah dia sampai deny entry di sana, rakan dia lepas pulak....both warganegara sama....

Masa dia sampai di sini, dia tak di bawa ke pejabat imigresen tapi ke 'transfer counter' dan airline tengah arrange tiket dia ke Amsterdam and the flight is at 10pm today! Saya pulak call imigresen airport,  imigresen kita kata bukan bidang kuasa imigresen.

Saya dah pesan dengan dia, nanti kalau sampai di pejabat imigresan, minta pass line dengan orang imigresen, biar saya cakap. Masa menunggu di transfer kaunter, dia sendiri ke pejabat imigresen. Selepas saya cakap dengan pegawai imigresen, dia dapat keluar.

Kenapa misi jadi sukar?
1. tak dapat hubungi dia lebih awal
2. kredit phone dia tinggal RM1
3. bateri phone nak kong
4. tak tau dia naik flight apa ke sini, di LCCT or KLIA, info yang saya ada hanya flight dia berlepas dari Singapore pukul 6.45am
5. details dia pun saya tak der...passport no.... nama penuh...macam mana nak check!

Apa pun, hari Isnin nanti dia kena ke Imigresen di sini untuk settle a few things. Kalau dah di sini, tak kisah sangat sebab boleh usaha! If dia kena hantar balik ke negara dia, lagi haru...dia dengan sehelai sepinggang! Nampak sangat muka dia penat dan confuse!

Habis misi...cuci mana sekejap!

Apa lagi, alang-alang dah di airport sempat beli coklat....sebab dah penat, coklat yang best  tak nampak! Bila dah beli baru perasan...ala....yang tuh best!!! Tak sepatutnya beli Kit Kat sebab kat sini pun ada...boleh pulak beli 2 jenis, satu yang sini punya satu lagi luar! Yang pack kecik sikit tuh katanya imported. Yang kat tengah tuh milk chocolate belgian.



Masa nak balik...saya pulak yang blurr habis.....lupa kat mana pulak parking kereta! Dekat 15 minit juga memikir!

Oooppss! Lupa pulak...member saya tuh kata imigresen sini baik tak macam kat singapore. My point of view, dia bukan buat salah di sini. Salah apa dia di singapore, saya tak boleh nak jawab...dia pun tak tahu sebab apa...dia pun tanya jugak saya...saya kata, negara orang punya undang-undang kita tak boleh campur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.