Rabu, 17 April 2013

Marilah Mari Pergi Mengundi

Bahan banyak untuk diletakkan di blog tetapi memandangkan cuaca yang agak panas dan masalah berat badan yang tak berkesudahan....mood ada hilang sikit :-(


Berbalik kepada subjek di atas, hampir tak dapat mengundi...sebab tarikh & booking untuk bercuti telah dibuat dan seminggu kemudian, tarikh pilihanraya diumumkan. 

Mana satu? Pergi bercuti atau pergi mengundi. Saya pilih bercuti :-) 
-
-
-
-
-
Tetapi pada masa yang sama, cuba tukar tarikh percutian, kalau dapat :-)
-
-
-
-
-
Akhirnya dapat tukar ke tarikh lain tanpa sebarang tambahan wang!
-
-
-
-
-
Yes!!! Dua-dua saya dapat buat :-)    :-)   :-)
-
-
-
-
-
Rindu dengan lagu asal 'marilah mari pergi mengundi'
-
-
-
-
-
Yang tak suka pasal politk dan dalam tempoh berkempen ini :
1. menyentuh hal peribadi atau mengaibkan pihak satu lagi dengan mensensasikan kisah peribadi
2. mengunakan agama atau menjadikan agama sebagai alat untuk berkempen / politk
3. mengata atau memburukkan pihak satu lagi

Yang sepatutnya :
1. memberitahu tentang masa depan / objektif / misi / visi,  apa rakyat akan 'benefit', apa yang boleh diperbaiki jika memerintah nanti

Tetapi....realitinya
-
-
-
-
-
Tak mengata tak seronok....yang mengata tu lah yang orang suka nak dengar :-(

Kesudahannya kehidupan seharian dipenuhi dengan aura negatif :-( fikiran pun jadi negatif! 

Mahu kehidupan yang positif...mesti selalu bersyukur, buang jauh-jauh perasaan negatif yang ada dalam diri sendiri terhadap insan lain / terhadap sesuatu kejadian yang berlaku....jauhi mendengar / membaca bahan-bahan bacaan yang negatif.

Mari mulakan hari dengan senyuman dan bersyukur :-)

 


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.