Isnin, 8 April 2013

Makan di Pak Hailam Kopitiam

Saya ke sini Sabtu lepas. Entah kenapa boleh termasuk kat sini. Ikutkan saya kurang suka masakan di sini. Macam kurang berasa. 

Selera masa tu...teringin sangat nak makan nasi goreng. Nak ke Sri Hainan Kopitiam, dah hujan pulak. Dah tersangkut kat Tesco, masuk saja di Pak Hailam Kopitiam.

Kurang sedap ke, terlebih sedap ke, saya akan cuba habiskan. Nasi goreng ini berjaya dihabiskan tapi tak popiah. Saya boleh masuk 3 ketul jer. Bukan pasal dah kenyang tapi memang tak boleh!
 
Masa nak bayar, cashier tanya...nak bungkus ke yang balance tuh...saya kata 'no, thank you'. Nak buat macam mana, dah memang tak boleh masuk! Kalau bawak balik pun confirm buang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.