Sabtu, 13 April 2013

Layan Makan di Hadramawt

Aktiviti makan-makan ini berlangsung pada dua minggu terakhir bulan Mac dan dua hari yang lalu. Pertama kali cuba di sini, kena pulak yang sedap, tu yang berulang...

Yang paling saya suka yang ini, Hanedh. Masuk restoran arab, kita ambil kambing. Untuk masakan ini ayam tak ada. Nasinya lebih sedap dari Mendi.


Datangnya dengan sambal ini.

Kita fokus dekat sikit kambingnya...

Roti arab ini dimakan dengan kambing juga, yang disebelah tuh...opps saya tak ingat nama apa. Kambingnya hancur...kalau di tengok ada rupa macam sardin. Kena makan panas-panas, kalau dah sejuk kurang sikit menarik.
Ada sekali tu, kitaorang order kambing dalam sos tu lagi tapi roti yang lain.


Ini pula setengah kilo punya hidangan. Boleh pilih kambing atau ayam. Bawah nasi tuh ada kambing. Banyak macam ini untuk 3 ke 4 orang makan.

Ini dia....
Saya kurang suka nasinya sebab rasa rempahnya kurang menarik. Sedap lagi nasi Hanedh dan Mendi.


Ini satu lagi masakan...ayam di dalamnya...
Ini pun kurang menarik...kuat jugak rempahnya...


Minum pula? Apa lagi...teh arab...yang ada daun pudina tuh...

Ada sekali tuh...cuba teh ni pula ;-) rasanya macam teh kita jugak...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.