Isnin, 8 April 2013

Dapur Berasap dengan Nasi Karot ;-)

Bila teringin sangat nak makan, baru dapur berasap :-)

Ini dia nasi karot dengan ayam masak merah. Masak hari Ahad minggu lepas. Lepas makan untuk 2 hari :-)

Untuk nasi, karot di blend, bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis....jangan lupa garam, Untuk ayam, bawang merah, bawang putih, garam, gula, asam (saya letak asam keping jer sebab cari asam jawa tak jumpa) dan cili (ada cili giling lebih, saya campurkan dengan cili hidup). Ayam tuh digoreng sekejap (letak garam, kunyit dan jintan putih).

Bukan main lagi bagi resipi...macam la pandai masak :-) Masa kecik dulu suka sangat makan ni. Resipi ni dari makcik saya. Saya dah masak banyak  kali tapi masih tak sedap macam makcik saya masak....huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.