Sabtu, 16 Mac 2013

Shopping Raya sudah Bermula

Kebiasaannya lapan bulan sebelum menyambut hari raya puasa rancangan sudah bermula...barang pun ada yang sudah dibeli. Apa dalam senarai?

Kain untuk buat baju dan langsir rumah. Tahun ini macam slow sikit untuk baju, mungkin sebab tahun lepas tempah 7 helai baju raya. Tahun sebelum ini bulan 12 dah beli kain baju dan hantar pada makcik. Dah lama tak beli baju yang ready made...kurang suka. Kain langsir pula, baru saja beli dan dah hantar pada member untuk dijahit.

Duit raya. Simpan sepanjang masa. Asal ada duit baru yang elok...tak keronyot, saya akan simpan. Nanti nak dekat raya, sikit jer duit yang perlu ditukar. Ada baiknya simpan duit dari sekarang, terdesak boleh pakai ;-) Lagipun kalau nak raya baru nak tukar, masa tu juga itu dan ini, besar belanja!

Kuih raya. Tat Nenas, kerepek pisang, popiah simpul, muruku, kek kek lapis prun. Dah banyak tahun, ini saja yang saya beli. Beli mana yang family dan saya suka saja. Semua nih bukan beli kat bazar ke apa ker tapi tempah. Tat nenas...makcik yang buat, kerepek pisang..member ambil kat kampung dia, popiah simpul...makcik member yang buat, kek lapis prun...member yang buat, muruku pula order kat India yang jual kacang dan muruku di Ampang Park.

Oppss! Satu lagi. Kucing pun termasuk dalam budget! Haha, tahun lepas hantar boarding, tahun ini mungkin tak. Bukan pasal nak jimat tapi tak sampai hati...kesian kat meowmeow sebab meowmeow dah biasa bebas di dalam rumah, hantar boarding terkurung jer! Lepas balik dari boarding macam lalok pulak....kesian, kesian! Tahun ni member tolong tengok-tengokkan. Saya tinggalkan di rumah. Nak angkut balik kampung, pening ooo...tak beraya kang! Kita balik kampung kena buat kerja...mana nak buat kerja, nak jaga meowmeow lagi!

Apa lagi ya? Ini saja...hidup sempoi :-) Opps...ini dah siap untuk raya, member yang buat. Tak tahu nak panggil apa! Ini untuk ganti yang di bawah tuh...


Ini hah...yang putih ni nak diganti sebab dah ada lukisan dari meowmeow ku.

Yang ini pula, nak dilapik pada sofa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.