Selasa, 26 Mac 2013

Myvi yang Ranap!

Tak der angin atau ribut, tiba-tiba pokok tumbang dan menghempap myvi! Beberapa motor pun rosak. Kejadian berlaku hari Khamis yang lepas, pada waktu petang, berdekatan dengan Jalan Tun Razak.....sound macam reporter pulak!

Katanya pokok tu dah reput...daun pun dah takder...tumbang dan cross jalan...

Inilah yang dikatakan kuasa Tuhan.....syukur, tiada yang cedera. Tuan punya kereta pun tak der dalam kereta....cuba bayangkan kalau ada orang dalam kereta....






 Dah beberapa kali rotate gambar ni....berpusing lagi....malas nak layan!



Motor yang terlibat...

Masa hari kejadian tak ingat nak ambil gambar dekat bahagian akar pokok (akar pun tak der sebab dah reput, jadi tak der lubang yang besar pada bahagian akar)...

Sehari selepas hari kejadian, ini rupanya....



Ada beberapa orang buat lawak...boleh 'beli nombor' kereta nih ;-) 
Dan satu lagi...yang sibuk ambil gambar pun ramai...termasuk saya ;-) tapi kalau nak menolong pun...tak mampu nak angkat! Tolong doakan keselamatan & kesejahteraan semua dan bersyukur kepada Nya, semua selamat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.