Jumaat, 1 Mac 2013

Makan, Makan & Makan

Minggu yang meletihkan dengan kurang tidur dan banyak unsur-unsur negatif di sekeliling dan dalam diri ini. Saya tak nak rosakkan cuti yang bakal datang, saya kena cari benda untuk buang semua unsur-unsur negatif ini.

Apa nak buat? Layan apa saja yang saya suka. Salah satunya, makanan.

Ada satu pagi tuh, pekena Laksam. Lama tak makan teringin pulak. Tak habis pun.

Dan bila ke Pak Li Kopitiam, pekena pulak Katong Laksa. Sepuluh kali makan di sini, dalam lapan kali layan Katong Laksa nih.

Terperasan, sambalnya dah lain. Selalunya dapat yang macam cili blend warna merah tuh. Tapi kali ini dapat cili jeruk.

 Minumnya apa lagi...kalau bukan barli suam kosong.

Dan ada satu hari tuh, dapur boleh pulak terberasap...saya masak assam pedas daging. Asalnya beli daging ni nak buat rendang daging tapi entah macam mana pulak boleh jadi assam pedas.

Kita angkat sikit tengok isinya....ada urat.

Ini pula buah kegemaran saya, delima. Tengok tuh isinya, cantik. Rasa pun enak. Manis giler.

Selalunya saya akan perisi dan masuk dalam bekas ini dan simpan di peti sejuk. Kalau dah perisi macam ni, sambil tengok tv, sedap melayan....sedar-sedar dah habis.

Banyakkan delima ini, muat satu bekas ini.


Selain melayan kucing....makan dan buat blog  boleh jadi terapi minda terbaik untuk diri ini ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.