Sabtu, 9 Mac 2013

Layan Nasi Lemak Saleha

Lama dah tak makan di sini. Baru-baru ini singgah, diaorang dah buka dari 5 pagi ke 11 malam. Dulu diaorang berniaga malam saja, berniaga kat depan kedai jer, sekarang ini dah dalam kedai...agaknya dia dah ambil kedai tuh kot!

Lokasi di Kampung Pandan (if not mistaken). Saya ni area KL kurang tau nama jalan...hehe! Sempat 'check-in' di FB, 'Nasi Lemak Saleha (superb)' ! Cuba cari, mesti jumpa! 

Ini rupanya. Selalu saya akan ambil, lauk paru goreng dan sambal kerang. Kali ni paru dan sotong (kerang dah habis).

Kekadang saya ini rajin bertanya....hehe. Tanya kat akak tuh (entah dia kot Saleha). Dia bagitau sehari anggaran beras yang digunakan dekat 20 kilo. Dia guna beras cap masjid! Nasi lemak kosong dia RM1.20 jer.

Depan kedai ni, ada orang jual satay, sedap satay nya! Saya mencari kerang rebus, sebab dulu ada jual, tak nampak pula pun......interview tak habis dengan akak tuh, mana pi kerang rebus! Satu lagi yang best di sini cucur udang nya, sebelah petang dah ada. 

Singgah-singgahlah makan di sini :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.