Ahad, 31 Mac 2013

Layan Nasi Lemak Saleha Lagi

Ini cerita sebelum ini (klik sini) dan baru-baru ini makan lagi di sini. Kali ini dapat makan sambal kerang :-)


Pekena juga satay daging ni yang di jual di gerai depan. Selalu datang malam, rasanya sebelah pagi tak der.

Sambil menikmati makanan ini, mata tekun tengok nasi lemak dibungkus, saya siap kira lagi ;-) ...lebih dari 100 bungkus! Ini yang RM1.20...telur rebus suku, sambal dan timun! Sebelum ni tanya akak tu, dia kata dalam 20 kilo beras sehari tapi rasanya macam lebih! Masa nak bayar, tanya kat akak tuh...nasi lemak yang dibungkus ni nak hantar ke mana? Dia kata ada dekat 10 tempat...petrol pam ada, hentian teksi pun! Dan untuk pagi esok ada 600 bungkus! Dan masa nak bayar tu juga...ada orang datang bagitau 'tambah 100 bungkus lagi'! Meriah berniaga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.