Isnin, 4 Mac 2013

Kenny Rogers Roasters tak Seenak Dulu

Lima belas tahun lepas, saya pernah naik teksi, komuter dan jalan kaki ke Subang Parade hanya untuk menikmati Kenny Rogers Roasters (KRR). Pernah juga ke KL dengan bas jumpa kakak dan lunch di sini hanya kerana keduanya kemaruk nak makan KRR. Zaman belajar dulu sanggup simpan duit supaya dapat menikmati KRR setiap bulan! Masa berlalu, saya rasa KRR tak seenak dulu...ada yang amat kurang pada rasanya!

Sekarang dah teramat jarang makan di ini. Baru-baru ini singgah dengan penuh harapan, berharap rasanya macam dulu tetapi hampa! Makan tetap makan, ini yang saya ambil.


Citarasa saya berubah ke yang buat saya rasa KRR tak sedap. Diaorang ubah menu ikut orang suka ke? Saya dah makan macam-macam yang lebih sedap dari ini ke yang buat KRR saya rasa ada kurang! Apa pun, ini yang saya nak...please bring back the old KRR!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.