Sabtu, 9 Mac 2013

Kenapa Meowmeow...

Entah apa angin meowmeow minggu sudah, ini yang terjadi. Alas meja ini asalnya dalam bilik, saya gunakan untuk tutup bakul yang ada barang-barang saya.

Balik kerja, alas meja ini di depan pintu rumah. Saya simpan semula di tempat asalnya.

Balik kerja hari berikutnya, alas meja ini di tengah-tengah dapur. Saya simpan semula.

Hari berikutnya, berubah lagi. Meowmeow letak semula di dapur. Kali ini di hujung, tempat basuh pinggan. 


Saya tinggalkan saja alas meja ini di dapur. Agaknya meowmeow biasa tengok alas kaki di dapur, sebab tu kot ada saja kain, diletaknya di dapur.


Dah meowmeow tengok saya buat tak tau saja alas meja di dapur, ini pula jadi mainan mereka. Lesung batu!

 
Kuat juga meowmeow ku tolak benda ini sampai terjatuh di lantai!

Gelisah meowmeow ku sekarang ni...saya tak tahu kenapa! Makanan ke? Sebab cuaca panas ke? Nak kata sakit, aktif bermain! Tapi ada di antara meowmeow ku saya membuang cair dan muntah!

Tadi saya ke Petshop...mencari pasir kucing, saya saja tanya...diaorang kata, kalau makan royal canin, ok! So saya beli ini...ye lah, sepatutnya 3 bulan sekali kena bagi ubat kutu & cacing.


Memandangkan yearly medical check-up meowmeow ku pada bulan 6 ini, saya beli ubat kutu yang murah sikit.

Ini ha tiubnya. Nak letak bukan mudah sebab kekadang meowmeowku bekerjasama, saya letak kat seekor yang seekor lagi akan tolong jilat...so risau pun ada. Bebuih mulut meowmeowku....panik sekejap. Adakalanya, lepas letak meowmeowku pi golek kat bilik air! Pandai meowmeow ku!

Ini pula ubat cacing. Mula-mula cuba tolak masuk mulut meowmeow....terkeluar pulak, meowmeow pulak dah lari dan menyorok! No choice, hancurkan dan campur dengan makanan mereka. Ubat ini warna putih tapi bila dah tumbuk jadi kuning pulak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.