Selasa, 5 Mac 2013

Kegemaranku di JM Bariani

Saya amat suka nasinya sebab rasanya 'light' saja dan baunya yang wangi. Lauknya pula saya pilih ayam masak merah...memang terbaik. Dalcanya pun sedap....bila lepak dengan kawan di sini, selalu saya kat 'kalau cicah dalca ni dengan roti canai memang kena'.  Semalam saya bungkus nasi saja, 2 pack. Sekali adab habis. Saya boleh layan nasi saja tanpa lauk. Selalu bungkus nasi saja...

Yang ini semasa makan berjemaah dengan anak buah & mymommy. Tiga orang makan, nasi 4 pinggan, ayam masak merah 2 ketul dan daging seketul. Licin....



 Kali pertama rasa air teh dengan gula merah nih!

Suka bungkus atau makan yang di Seksyen 7 Shah Alam saja (blok belakang Jakel). Di Tesco Shah Alam pun ada tapi tak seenak disini. Orang mungkin kata sama saja, bagi saya tak! Saya perhatikan di Seksyen 7 ini lebih menjaga kualiti. Pernah tanya kat akak yang jaga di Seksyen 7 tuh (mungkin suaminya)...dengarnya pernah kerja di dapur hotel. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.