Sabtu, 30 Mac 2013

Hitam Putih atau Warna Warni?

i-city Shah Alam
Kita yang tentukan kehidupan kita...mahu yang hitam putih atau penuh warna warni! Warna warni yang dimaksudkan ialah hidup yang penuh kegembiraan dan hitam putih, sesuatu yang membosankan.

Saya mahu sentiasa positif dalam kehidupan.  Saya akan usahakan Kenapa tak mahu negatif? Sebab saya mahu sentiasa dikelilingi oleh ion-ion positif! Percayalah selagi kita ada perasaan negatif dalam diri selagi itu kita tak bahagia...selagi itu kita tak gembira!

Sedih, marah...benda yang normal dalam kehidupan! Saya selalu ingatkan diri saya...badan kadang kala sakit...anggaplah sedih, marah itu sebagai badan kita yang sedang sakit! Carilah ubat secepat mungkin untuk membuang sakit itu!

Kisah seseorang yang saya kenali....semoga diri ini dijauhi dari hal-hal negatif!

Suka up benda yang negatif di FB...nampak dari segi benda yang di up kan, hamba Allah ni memang pro pembangkang! Kesian saya tengok....apasal la nak taksub sangat! Kekadang nak jer tegur...'tak der kejer ke atau apa masalah'. Pada masa yang sama hamba Allah ini juga suka up pasal petikan ayat Al-Quran atau Hadith! Suka juga dia up kan aktiviti keagamaan beliau serta sedekah!

Mmmm, ini memang suri rumah tangga! Tak lama selepas itu, dapat tau dia  sudah berniaga! Sejak itu dah kurang nampak dia up kan benda yang mengata sana sini! Sebab dah ada kerja agaknya...tak der masa nak mengata!

Kesimpulan yang saya cuba terangkan...mengata orang sana sini tu negatif...kehidupannya sudah dikelilingi benda negatif, maka banyaklah benda yang tak puas hati yang akan kita jumpa. Ada baiknya pada masa beliau tidak bekerja, beliau bawa diri membaca dari mengata!

Hairan saya....mengata orang sana sini...diri kita ni sempurna ke? Tak der dosa ke? Tak takut dosa ke? Apa salah orang itu pada dia? Masalah paling besar manusia sekarang ini...mahu menjadi hakim...malaikat...Tuhan! Hidup dengan menghukum orang lain! Walaupun orang itu tak sealiran dengan kita...ada lebih baik kita doakan kesejahteraan mereka dari menghukum mereka dengan fitnah yang bukan-bukan! Jika benar sekali pun ada jahat pada orang itu....tak perlu lah nak bukak aib orang...carilah benda lain yang lebih berfaedah! 

Kalau nak berpolitik sekali pun, lebih baik bagitau 'apa parti you boleh offer' dari mengutuk puak yang satu lagi! Hakikatnya benda yang tak mengata ini, orang tak suka dengar...yang mengata itu yang orang suka dengar! 

Berbalik kepada gambar di atas...kiri kanan dihiasi lampu yang cantik...di tengah-tengah ada satu jalan sahaja! Itulah jalan yang mahu saya pilih...jalan yang penuh warna warni dan positif!  ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.