Ahad, 3 Februari 2013

Tak Makan Tahap Fobia

Makanan ini semunya pernah saya makan tetapi ada cerita disebaliknya yang membuatkan saya berfikir panjang untuk menikmatinya semula.

Nangka memang sedap, baunya pun wangi tapi saya tak sentuh lebih dari 20 tahun. Masaklah apa saja...yang dibuat gulai saya tak makan, apa lagi yang mentah. Nak merasa nikmat nangka, saya ambil bau saja :-).

Terliur tengok gambar nangka di bawah nih.



Tahap Fobia
Nangka
Kisah berlaku semasa saya di sekolah. Saya makan nangka banyak pada waktu malam...sedap katakan. Esoknya saya pergi daki Bukit Larut dengan rakan-rakan. Perut memulas ketika pertengahan pendakian, sakitnya Tuhan saja yang tahu! Sampai di puncak, sakit lagi....lama kemudian baru terasa nak ke tandas. Dah ke tandas, masih sakit lagi. Masa tuh saya tak tahu yang nangka tuh angin...budak katakan! Mana tak fobia.

Ikan Keli
Ini adalah ikan kegemaran saya satu ketika dulu. Fobia baru lagi, kira-kira lima tahun sudah. Puncanya saya beli ikan ini yang dimasak lemak. Masa saya cuit isi ikan, ia masih berdarah....bukan tak pernah tengok atau makan masakan yang macam nih tapi orang kata nak jadikan cerita. Terus saya tak usik ikan masak lemak itu. Sekarang ini, masaklah apa saja, tak ada langsung keinginan nak makan ikan keli.

Perbezaan tahap fobia bagi dua makanan ini ialah, nangka saya teringin sangat nak makan tapi ikan keli tak!


Fobia Dah Hilang
Telur Setengah Masak
Masa saya tadika, untuk sarapan my mom selalu sediakan telur setengah masak tapi saya tak sentuh sebab tak suka baunya. Satu hari, agaknya my mom bengang, my mom paksa juga saya makan...dia suapkan! Apa lagi saya muntah! Lepas tu terus my mom tak paksa lagi! Haha! Saya belajar untuk makan semula telur setengah masak ini semasa saya belajar di U. Itu pun takut-takut lagi, ambil sikit-sikit jer. Sekarang nih, tak der masalah nak makan lagi tetapi kisah fobia dulu masih dalam ingatan setiap kali saya makan telur setengah masak.


Berhati-Hati Ketika Makan
Mee Kuning
Ini pun dulu tahap fobia. Berlaku ketika saya sekolah rendah, selepas lebih kurang setengah jam saya makan mee kuning yang digoreng, saya muntah! Angin kot! Mee kuning ni kan berangin! My mom punya kesimpulan, lepas makan saya pi main tak ingat dunia, makanan tak sempat hadam...mana tak muntah! Lebih sepuluh tahun saya tak sentuh. Walaupun saya suka mee kuning, jarang saya makan.

Sayur Kangkung dan Pucuk Paku
Sebab tahu benda ini berangin saya amat berhati-hati makan. Tahu tentang angin nya sebab pernah terasa semacam jer perut lepas makan sayuran ini.

Ubi Kayu
Saya kurang gemar apa saja jenis ubi. Jadi tak kisah pun tak makan. Cakaplah sedap macam mana pun, yang mungkin saya sentuh hanya kerepek ubi dan ubi rebus. Beli tak,  makan yang dihulur oleh rakan-rakan saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.