Isnin, 11 Februari 2013

Patah Seribu Shila Amzah



Macam-macam cerita keluar pasal awek sorang nih. Kalau pasal kerjaya, that's great tapi ini personal! Malu saja. Mana tak, makan minggu juga macam-macam cerita dari yang online ke akhbar harian....memang patah seribu! Patah seribu, sedih giler Shila sebab dari bapak dan pakwe! Keduanya dekat dengan dia! 

Sekarang ni macam dah surut sikit sebab Shila yang dikatakan 'hilang' dah muncul! Nak buat macam mana dah nama artis, ini harga yang Shila kena bayar. Hal peribadi yang orang suka nak tau.

Bagi saya, bagilah ruang untuk Shila. Dia pun manusia biasa. Tak perlu kita jadi hakim atas tindakan dia. Tahap sedih Shila sampai up kat youtube. Itupun orang komen macam-macam. Bagi saya, kalau itu boleh buat dia 'release' let it be!

Saya bukan jenis yang percaya bulat-bulat cerita press. Tapi jika benar, balas membalas antara pakwe dan bapak Shila seperti yang dilaporkan.....komen saya, alangkah angkuhnya mereka ini. Kenapa jadikan media sebagai medium? Bengang macam mana sekalipun, korang dah memang dalam industri ini mesti tahu akibatnya! Kenapa masih nak berkata-kata! Kenapa tak jaga hati orang yang korang sayang....your own anak dan makwe!


#gambar dari google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.