Ahad, 20 Januari 2013

Pengantin Dua Bangsa

Minggu yang memenatkan. Letih yang melampau seperti mahu menangis...huhuhu. Sibuk di tempat kerja (hampir setiap hari balik kerja lewat), menghadiri latihan, tidur 3 jam saja...aduss! 

Hujung minggu tak dapat berehat lagi....menghadiri majlis perkahwinan, kelas lagi! Apapun...letih ada sikit kurang...urut ada pergi..tadi malam, pukul 8. 

Tetiba bahasa bunyi lain sikit...hehe! Sebab menghadiri majlis perkahwinan...dua bangsa. Yang lelaki Melayu dan yang perempuan India! Serombongan bas dari Muar datang...yang tua dengan sari nya!

Bunga telur, beg berisi gula-gula dan kek sudah biasa disediakan dalam goodie bag.  Untuk pengantin dua bangsa ini manisan masyarakat India di Malaysia iaitu ladu turut disertakan. Sebelum goodie bag & bunga telur ni jadi mainan kucing saya dirumah, saya kasi kat orang...dengan isi-isinya sekali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.