Selasa, 22 Januari 2013

Layan Kucing Lagi Bagus

Cerita minggu lepas lagi. Dalam sibuk dengan kerja, menghadiri latihan dan tak cukup tidur, sempat lagi layan kucing.

Tengah training, mata ada mengantuk! Apa lagi saya on FB saya dan mula liked gambar-gambar kucing yang ada. Biasa la, dah suka kucing....FB pun banyak geng kucing!

Rupanya orang sebelah meja saya perasan. Dia tanya, suka kucing? Mesti la! Mula la sembang pasal kucing. Dia bagitau dia ada 10 ekor kat rumah dan nak kasi kat orang. Katanya, kalau nak kasi kat orang, dia nak bagi pada mereka-mereka yang suka kucing saja. Ini gambar salah satu anak kucing yang dia ada. Ini pun masuk list yang hendak diserahkan pada orang. Satu hari mesti saya sampai ke rumah rakan yang baru saya kenali itu.





Ini pula sehari selepas balik latihan. Lokasi berdekatan dengan ofis. Keluar minum petang, dalam kawasan kondo, saya ternampak kucing ini dicelah-celah pokok. Kalau kucing macam ni selalunya ada tuan. Apa lagi saya & sorang member sambar kucing ni...main sekejap dengan kucing ni. Memang ramah tapi macam takut sikit. Bila pegang bulunya banyak gugur. 


Dah puas layan, kitaorang pun lepaskan. Pastu ada sekumpulan kanak-kanak tengah main di kawasan yang sama, apa lagi lari kucing tuh. Nampak sangat kucing tu takut dengan budak-budak. Selalu kena buli dengan budak-budak kot, tu yang takut.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.