Jumaat, 18 Januari 2013

Kali Pertama

Suatu pagi dalam hujan renyai di Putrajaya untuk pertama kalinya saya memberi ciuman kepada kereta seseorang.....selepas sekian lama ada lesen.

Orang tak der, bolehkan blah saja? Tapi saya baik pulak....ambil kertas, tulis numbor phone saya, cari plastik, kertas dengan nombor phone saya masukkan dalam plastik, letak di cermin depan, kepit di wiper!

Walaupun sikit saja, kerosakan telah berlaku, kena bertanggungjawab. Sehingga kini tak pernah berjumpa dengan tuan punya kereta, semua urusan hanya di talian telefon! Tuan kereta bagi nombor akaun dan saya transfer duit!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.