Rabu, 16 Januari 2013

Jom Fly

Sejak Airasia buat tambang murah...berbunyi kat ofis, saya diam jer! Tadi baru saya bukak mulut (hantar sms kat kwn yang berada di selatan tanah air 'nak jalan mana tahun nih'). Tahun2 sebelum2 nih,  sanggup berjaga malam untuk booking....booking awal konon untuk tambang murah!

Sejak setahun dua ni, tak lagi...malas nak plan awal2. Belum ada destinasi lagi! Tapi yang pasti kena fly, Singapore pun jadilah atau pun Langkawi, Sabah atau Sarawak.

Macam last year, ke USS. Saya kurang gemar pergi tempat yang pernah saya sampai sebab banyak lagi tempat di dunia ni yang boleh dilawati tapi disebabkan nak gak keluar negara...USS sekali lagi pun jadilah! Masa kat sana Singapore, merayau sekali ke diaorang punya Night Safari!

Topi nih beli kat USS! Ini pun yang saya selalu pakai. Dah dekat setahun pakai baru perasan...tanda harga tak bukak!





Kalau tak fly, jiwa kurang aman...hahaha!

Sesi brainstorming destinasi pada 15hb Jan. 2013, rata2 kekawan nak ke Jepun atau Korea! Saya? Dengar jer...

Pernah cakap kat member nak pergi Brunei, member kata 'nothing there'! Bila kata nak ke Hadyai, kena gelak...member kata 'dekat sangat'! Pi Singapore tak lak berbunyi dekat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.