Isnin, 14 Januari 2013

Emas GCP...bila nak dapat

photo dari FB GoldCrest Pavilion

Untung mereka yang simpan emas. Masa mula-mula kenal emas, harga RM40 1gram (bagi emas 999), sekarang dah hampir RM200. Tengok tuh berapa banyak naik! Walaupun ada susut nilai dalam jualbeli emas tapi masih lagi untung. Menurut rakan saya kadar kenaikan emas bagi setahun adalah 15%! Ye ker?

Cuba bayangkan jika kita beli emas 20 tahun lalu dan jual sekarang...perghh kayo! Dulu saya ada gak emas, boleh la...kira lebih dari tiga tapi sebab rajin tukar dan tak nak tokok duit, maka tinggalnya ciput! Bila boring tukar...itu kejer saya dulu, sekarang tak buat lagi (nak buat camno dah tinggal ciput dan harga emas mahal)!

Dah ada web jual emas. Saya berkenalan dengan GCP melalui rakan saya. Ini website nya www.gcp.com.my. Diaorang ada facebook nama GoldCrest Pavilion. Diaorang ada kedai di Nilai. Harga yang saya lihat di GCP lebih murah dari di kedai emas biasa. Ada beberapa member di ofis yang jadi member GCP. Ada gak diaorang ajak....not at this moment. Kagum tengok member kat ofis, ada yang mampu beli emas setiap bulan! Diaorang bukan beli yang 1gram tapi yang bergram2!

Dalam perancangan untuk beli dinar macam kat bawah nih tapi belum kesampaian lagi. 

photo dari web gcp
 
Dah lebih 3 bulan rancang tapi tak terbeli lagi! Saya letak target, dalam tahun ni mesti dapat seketul dinar.

Selalu emas ni dekat dengan pompuan, nih yang berniaga kat ofis, lelaki! Katanya, dia memang suka emas dari dulu lagi...sebab lelaki tak boleh pakai emas, so dia beli Kijang Emas. Dah lama dia ada Kijang Emas nih. Emas seperti gelang, rantai...dia ada gak, buat pelaburan katanya!



Kata rakan saya lagi, kalau nak gadai atau jual...emas seperti gelang & rantai, kedai ambil lebih tinggi berbanding dengan dinar atau kijang emas. Mmmm, dia ada bagi sebabnya tapi deng lupo pulok!

Kesimpulan, untuk jangka masa panjang, emas lagi untung dari duit. So mula tukar simpanan, dari RM ke emas! Ada gak bank buat akaun simpanan bersandarkan harga emas & perak. Dah ada beberapa rakan yang masuk. Saya? Mmmm...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.