Selasa, 1 Januari 2013

Elfira Loy Bakal Menyerlah di 2013 & Neelofa...


Betul ke Elfira bakal menyerlah pada tahun ini? Tergerak untuk menulis tentang dia kerana dalam banyak-banyak artis muda, dia yang paling saya suka.....personaliti, paras rupa & lakonan. Dia punya pakej yang menarik. Saya jarang menonton drama atau filem tempatan....lakonan Elfira pun jarang saya tonton. Tetapi perkembangan beliau saya ikuti melalui blog & suratkhabar. Belum tercalar dengan kontroversi...semoga Elfira pandai membawa diri. Keep-up girl!





Neelofa pula tercalit dengan pelbagai kontroversi di tahun 2012, dia sudah bikin beberapa artis & pereka fesyen itu bengang. Entah siapa benar & salah. Pada pandangan mata saya dia memang ayu, suka melihat beliau sebagai pengacara di rancangan Nona. Yang jelas keayuan saja tidak cukup,....ramai yang dengki kat dia ke atau dia memang ada sikit perasaan cantik atau berlagak? Mmm...susah mau jadi artis, pakej kena lengkap...kena sentiasa positif & rendah diri!


#gambar dari google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.