Isnin, 28 Januari 2013

Bekalan Ketika dalam Perjalanan

Ini yang saya bawa. Sama ada untuk menghilangkan mual, mengantuk ketika memandu, pening, dan sebagainya. Asam ni macam elok untuk mengurangkan angin dalam badan.

 
Sebut pasal angin, teringat akan dua ibu saudara saya yang alah perjalanan jauh. Selalunya mereka akan muntah atau mengalami pening yang melampau. Antara petua yang mereka guna pakai untuk mengelak dari kejadian ini ialah dengan meletakan plaster di pusat. Pastikan pusat tu betul-betul ditutup dengan plaster :-) . Kata mereka muntah dan pening yang mereka alami adalah disebabkan angin! Saya pernah cuba, tapi no komen!  Untuk perjalanan yang jauh saya pakai stoken, bawa minyak cap kapak dan asam nih :-)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.