Isnin, 28 Januari 2013

Bekalan Ketika dalam Perjalanan

Ini yang saya bawa. Sama ada untuk menghilangkan mual, mengantuk ketika memandu, pening, dan sebagainya. Asam ni macam elok untuk mengurangkan angin dalam badan.

 
Sebut pasal angin, teringat akan dua ibu saudara saya yang alah perjalanan jauh. Selalunya mereka akan muntah atau mengalami pening yang melampau. Antara petua yang mereka guna pakai untuk mengelak dari kejadian ini ialah dengan meletakan plaster di pusat. Pastikan pusat tu betul-betul ditutup dengan plaster :-) . Kata mereka muntah dan pening yang mereka alami adalah disebabkan angin! Saya pernah cuba, tapi no komen!  Untuk perjalanan yang jauh saya pakai stoken, bawa minyak cap kapak dan asam nih :-)





Mahalnya Red Velvet Kek




Sebab bukan selera saya, terasa mahal pulak bagi cup kek ini yang berharga RM6.50. Katanya homemade dan yang merah tu dari buah naga, katanya lagi tak pakai pewarna untuk yang merah tuh. Boleh dapat merah macam tu ke dari buah naga kalau tak pakai pewarna? Ada muak sikit pada topping nya. Boleh terbeli sebab kedai tuh kata, this is among their best selling! Termakan jugak saya dengan ayat-ayat penjual! Mana tak nya, pernah pergi dua kali benda nih dah habis! Nak bagi tau beli kat Shah Alam Mall, Seksyen 9.

Elfira Loy & Baim Wong Bercinta ?


photo dari www.perekacerita.com

Kedua-duanya saya suka. Kalau bercinta apa salahnya. Terbaca dalam Metro Ahad semalam akan hal ini. Bercinta? Mungkin benar atau hanya gimik untuk melariskan telefilem yang menampilkan mereka berdua sebagai teraju utama iaitu Untuk Kali Terakhir. Difahamkan telefilem ini akan ditayangkan di Astro Ria pada bulan April ini. Sah cerita cinta....cinta dua orang dari negara berbeza, ya? Apapun kita tunggu!

Sebelum ini Elfira Loy pernah digandingkan dengan Randy Pangalila dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Taman. Ada digossipkan ke? Apapun saya lebih tertarik nak menonton Baim bersama Elfira.

Ahad, 27 Januari 2013

Orang Politik



Ketika menyibuk aktiviti mama ku :-) Sarapan dengan KM Melaka di Kediaman Rasmi beliau. Difahamkan KM Melaka perlu ke lima tempat pada pagi tu. Huh! Bukan senang nak jadi orang politik, YB dan seangkatan dengannya....ke hulu ke hilir, bila diaorang tidur? Dengan sepak terajang dunia politik lagi! Mana dapat kekuatan? Minat? Tanggungjawab untuk berbakti? Demi negara? Tak kisah lah fahaman politik mana sekali pun, kekuatan mental lebih penting dari fizikal.

Teringat sembang saya bersama seorang kakitangan kerajaan yang hampir ke usia pesaraan, apa saja yang keluar dari mulutnya semua 'demi negara yang tercinta'. Huh! Moga saya ada semangat yang sebegitu.

Alang-alang ke Kediaman Rasmi KM Melaka, snap gambar sana sini sikit :-) Bila lagi nak dapat masuk ;-)





Sabtu, 26 Januari 2013

The Birthday Girls



Saya lahir pada bulan Januari dan berbintang Capricorn. Kebetulan ada 2 lagi rakan saya yang lahir pada bulan Januari dan berbintang Capricorn, tahun saja berbeza....maka sama-sama beli kek dan raikan bersama. 




Khamis, 24 Januari 2013

Lo Han Kuo Sedap

Jika ke Melaka, saya pasti ke sini, ada Lo Han Kuo sedap. Kalau tak silap saya di Jalan Bunga Raya. Saya kurang pasti jalan untuk ke sini....pastinya minta tolong rakan saya orang Melaka untuk mencari tempat ini.  Dah minum air ini di banyak tempat tapi yang di sini yang sedap.


Selasa, 22 Januari 2013

Layan Kucing Lagi Bagus

Cerita minggu lepas lagi. Dalam sibuk dengan kerja, menghadiri latihan dan tak cukup tidur, sempat lagi layan kucing.

Tengah training, mata ada mengantuk! Apa lagi saya on FB saya dan mula liked gambar-gambar kucing yang ada. Biasa la, dah suka kucing....FB pun banyak geng kucing!

Rupanya orang sebelah meja saya perasan. Dia tanya, suka kucing? Mesti la! Mula la sembang pasal kucing. Dia bagitau dia ada 10 ekor kat rumah dan nak kasi kat orang. Katanya, kalau nak kasi kat orang, dia nak bagi pada mereka-mereka yang suka kucing saja. Ini gambar salah satu anak kucing yang dia ada. Ini pun masuk list yang hendak diserahkan pada orang. Satu hari mesti saya sampai ke rumah rakan yang baru saya kenali itu.





Ini pula sehari selepas balik latihan. Lokasi berdekatan dengan ofis. Keluar minum petang, dalam kawasan kondo, saya ternampak kucing ini dicelah-celah pokok. Kalau kucing macam ni selalunya ada tuan. Apa lagi saya & sorang member sambar kucing ni...main sekejap dengan kucing ni. Memang ramah tapi macam takut sikit. Bila pegang bulunya banyak gugur. 


Dah puas layan, kitaorang pun lepaskan. Pastu ada sekumpulan kanak-kanak tengah main di kawasan yang sama, apa lagi lari kucing tuh. Nampak sangat kucing tu takut dengan budak-budak. Selalu kena buli dengan budak-budak kot, tu yang takut.









Isnin, 21 Januari 2013

Ada Kucing di 'Rumah Kita'

Dua minggu sudah dalam perjalanan dari tempat letak kereta ke pejabat, terjumpa kucing ini. 


Saya tanya pada security di tempat saya jumpa kucing ni. Dia kata tak tahu....baru dua hari kerja. Dia mintak saya ambil. Saya nak ke pejabat, macam mana nak ambil, sempat pesan...nanti balik saya ambil. Sampai pejabat bercerita dengan member yang suka kucing, tak sedap hati pun ada sebab perasan kucing ni macam ada luka sikit, kurus dan tak terurus. Sepakat dengan member, jom bawa pi klinik, tinggal kat situ sehari, pastu serah kat member-member yang nak....memang ada yang nak. Kitaorang pun ambil kotak kat ofis dan bersiap sedia ke klinik....sementara nak tunggu security ambil kucing ni....security yang dah lama kerja kat situ bagitau....'ini kucing Indon Embassy'. What? Memang bertentangan dengan tempat jumpa kucing tu ada 'rumah kita' (belakang Pejabat Kedutaan Indonesia). 

Saya pun ke depan pintu masuk 'rumah kita'. Pagarnya tinggi! Dekat pagar masuk ada ruang kunci yang boleh saya selak. Saya lambai, nasib baik ada orang di dalam yang nampak saya. Sampai jer orang tu di pagar, saya tanya 'ada hilang kucing tak'? Pompuan tu minta tunggu sebentar dan panggil rakan dia yang sorang lagi. Memang melalui pagar tu, saya nampak beberapa ekor kucing dan sangkar yang besar. Kucing yang saya nampak berada di luar sangkar dan gemuk-gemuk belaka.

Datang sorang lagi perempuan, cakap pelat orang kita....saya tunjukkan kucing tu! Mengucap panjang pompuan tu, dia kata 'macam mana boleh terlepas'? Saya serah kucing tu pada dia (sempat chit chat). Saya tanya ada berapa ekor kucing di sini? Dia kata lebih 30 ekor! Mak oooiii banyaknya. Sempat lagi dia tanya saya, 'nak ke'. Saya tergamam! Tak jawab soalan tu. Saya senyum...dan pergi (yelah waktu pejabat, tak kan nak sembang panjang). Balik ofis saya cerita dengan member, diaorang kata 'kenapa tak kata nak'. Mmmm...bila lagi saya dapat peluang untuk ke 'rumah kita'. Nampaknya kalau tak der hal susah diaorang nak buka pagar.




Ahad, 20 Januari 2013

Pengantin Dua Bangsa

Minggu yang memenatkan. Letih yang melampau seperti mahu menangis...huhuhu. Sibuk di tempat kerja (hampir setiap hari balik kerja lewat), menghadiri latihan, tidur 3 jam saja...aduss! 

Hujung minggu tak dapat berehat lagi....menghadiri majlis perkahwinan, kelas lagi! Apapun...letih ada sikit kurang...urut ada pergi..tadi malam, pukul 8. 

Tetiba bahasa bunyi lain sikit...hehe! Sebab menghadiri majlis perkahwinan...dua bangsa. Yang lelaki Melayu dan yang perempuan India! Serombongan bas dari Muar datang...yang tua dengan sari nya!

Bunga telur, beg berisi gula-gula dan kek sudah biasa disediakan dalam goodie bag.  Untuk pengantin dua bangsa ini manisan masyarakat India di Malaysia iaitu ladu turut disertakan. Sebelum goodie bag & bunga telur ni jadi mainan kucing saya dirumah, saya kasi kat orang...dengan isi-isinya sekali.


Jumaat, 18 Januari 2013

Kali Pertama

Suatu pagi dalam hujan renyai di Putrajaya untuk pertama kalinya saya memberi ciuman kepada kereta seseorang.....selepas sekian lama ada lesen.

Orang tak der, bolehkan blah saja? Tapi saya baik pulak....ambil kertas, tulis numbor phone saya, cari plastik, kertas dengan nombor phone saya masukkan dalam plastik, letak di cermin depan, kepit di wiper!

Walaupun sikit saja, kerosakan telah berlaku, kena bertanggungjawab. Sehingga kini tak pernah berjumpa dengan tuan punya kereta, semua urusan hanya di talian telefon! Tuan kereta bagi nombor akaun dan saya transfer duit!



Rabu, 16 Januari 2013

Jom Fly

Sejak Airasia buat tambang murah...berbunyi kat ofis, saya diam jer! Tadi baru saya bukak mulut (hantar sms kat kwn yang berada di selatan tanah air 'nak jalan mana tahun nih'). Tahun2 sebelum2 nih,  sanggup berjaga malam untuk booking....booking awal konon untuk tambang murah!

Sejak setahun dua ni, tak lagi...malas nak plan awal2. Belum ada destinasi lagi! Tapi yang pasti kena fly, Singapore pun jadilah atau pun Langkawi, Sabah atau Sarawak.

Macam last year, ke USS. Saya kurang gemar pergi tempat yang pernah saya sampai sebab banyak lagi tempat di dunia ni yang boleh dilawati tapi disebabkan nak gak keluar negara...USS sekali lagi pun jadilah! Masa kat sana Singapore, merayau sekali ke diaorang punya Night Safari!

Topi nih beli kat USS! Ini pun yang saya selalu pakai. Dah dekat setahun pakai baru perasan...tanda harga tak bukak!





Kalau tak fly, jiwa kurang aman...hahaha!

Sesi brainstorming destinasi pada 15hb Jan. 2013, rata2 kekawan nak ke Jepun atau Korea! Saya? Dengar jer...

Pernah cakap kat member nak pergi Brunei, member kata 'nothing there'! Bila kata nak ke Hadyai, kena gelak...member kata 'dekat sangat'! Pi Singapore tak lak berbunyi dekat!

Isnin, 14 Januari 2013

Kucing pun suka Buku


Selain ini, ada lagi buku saya yang tercedera. Tempat meowmeow asah kuku, ada juga yang suka gigit dan koyakkan! Buku banyak, rak buku tertutup sehingga sekarang tak beli lagi....inilah hasilnya. Kalau nampak, kekedang saya menjerit :-)  meowmeow pula buat tak tau....mmm tapi bila saya pegang camera / mobile phone nak ambil gambar, meowmeow blah! Bijak-bijak...tak mau aksi nakal mereka dirakam. Saya nak bising lebih-lebih kat meowmeow pun tak boleh, ye lah naper tak beli rak?

Emas GCP...bila nak dapat

photo dari FB GoldCrest Pavilion

Untung mereka yang simpan emas. Masa mula-mula kenal emas, harga RM40 1gram (bagi emas 999), sekarang dah hampir RM200. Tengok tuh berapa banyak naik! Walaupun ada susut nilai dalam jualbeli emas tapi masih lagi untung. Menurut rakan saya kadar kenaikan emas bagi setahun adalah 15%! Ye ker?

Cuba bayangkan jika kita beli emas 20 tahun lalu dan jual sekarang...perghh kayo! Dulu saya ada gak emas, boleh la...kira lebih dari tiga tapi sebab rajin tukar dan tak nak tokok duit, maka tinggalnya ciput! Bila boring tukar...itu kejer saya dulu, sekarang tak buat lagi (nak buat camno dah tinggal ciput dan harga emas mahal)!

Dah ada web jual emas. Saya berkenalan dengan GCP melalui rakan saya. Ini website nya www.gcp.com.my. Diaorang ada facebook nama GoldCrest Pavilion. Diaorang ada kedai di Nilai. Harga yang saya lihat di GCP lebih murah dari di kedai emas biasa. Ada beberapa member di ofis yang jadi member GCP. Ada gak diaorang ajak....not at this moment. Kagum tengok member kat ofis, ada yang mampu beli emas setiap bulan! Diaorang bukan beli yang 1gram tapi yang bergram2!

Dalam perancangan untuk beli dinar macam kat bawah nih tapi belum kesampaian lagi. 

photo dari web gcp
 
Dah lebih 3 bulan rancang tapi tak terbeli lagi! Saya letak target, dalam tahun ni mesti dapat seketul dinar.

Selalu emas ni dekat dengan pompuan, nih yang berniaga kat ofis, lelaki! Katanya, dia memang suka emas dari dulu lagi...sebab lelaki tak boleh pakai emas, so dia beli Kijang Emas. Dah lama dia ada Kijang Emas nih. Emas seperti gelang, rantai...dia ada gak, buat pelaburan katanya!



Kata rakan saya lagi, kalau nak gadai atau jual...emas seperti gelang & rantai, kedai ambil lebih tinggi berbanding dengan dinar atau kijang emas. Mmmm, dia ada bagi sebabnya tapi deng lupo pulok!

Kesimpulan, untuk jangka masa panjang, emas lagi untung dari duit. So mula tukar simpanan, dari RM ke emas! Ada gak bank buat akaun simpanan bersandarkan harga emas & perak. Dah ada beberapa rakan yang masuk. Saya? Mmmm...


Ahad, 13 Januari 2013

Kucing Hitam yang Teramat ku Sayangi

in memory of myLuv Tam (2005 - 24th July 2011)




Nama blog ni sempana kucing kesayanganku! Pernah bertekad tak mau pelihara kucing selepas Tam pergi! Sehingga kini, asal tengok kucing atau harimau color hitam mesti teringat kat Tam.

Mula-mula tak nak letak photo Tam...sebab boleh buat sedih :'-( tapi saya mau sentiasa kenang myluv Tam. Myluv Tam is so special....muahh! Miss you and love you so much!

Anak-Anak si Yellow yang telah pergi

Anak si Yellow yang masih baby mati sebab kena flu. Tak sempat diselamatkan sebab masih kecil. Ada member yang dah booking masa dalam perut lagi. Nak buat macam mana...tak der rezeki.




Sabtu, 12 Januari 2013

MeowMeow Mana yang Mulakan?

Comel ler perangai tuh! Ada jer nampak benda baru atas lantai, ni ha....pakat mengkaji!


Saya nak tengok apa di dalam. Naper gelap?

Saya suka...saya suka!!! (yang ni yang paling suka melepak dalam plastik atau paper bag)

Kecik sangat tempat lepak ni untukku :-)

Saya pun nak cuba juga...


Cepat ler keluar, saya nak masuk lagi!

Pandai ke Kristen Stewart Berlakon?




Dah lama perhati. Dia ni macam keras sikit! Kurang boleh menjiwai watak! Watak lain yang di bawa pun macam tu jugak dia....macan dalam  twilight! Tak tau la pandangan orang lain tapi itu yang saya rasa.

# gambar dari google search

Jumaat, 11 Januari 2013

Si Yellow di Kampung

Asyik teringat yang ditinggalkan di kampung :-( Sedih pun ada. Ini dia muka si Yellow iaitu masa mula-mula saya bawa balik kampung dan setelah hampir setahun di sana. Perbezaan yang ketara, bulu makin panjang dan semakin gemuk. Muka si Yellow ni comel (semua kucing comel) tapi ganas!


Ini masa baru sampai kampung. Mulut ternganga sebab kepenatan. Si Yellow terpaksa menempuh hampir 4 jam perjalanan. Dan ini juga kali pertama si Yellow naik kereta untuk perjalanan yang agak jauh.


Sekarang....tengok tu! Dah Gemuk...bulu pun macam panjang sikit ;-)



Selasa, 8 Januari 2013

Toilet Charming ?

Nama syarikat di pintu tandas? Kali pertama tengok! Perlu ke letak? Bila ternampak nih, rasa macam pelik pun ada. Masa masuk ke kedai ni, tak perasan nama kedai ni 'charming'! Mula la fikir, kenapa ada nama charming kat pintu tandas! Ini kedai aksesori kereta di Melaka!


Isnin, 7 Januari 2013

Buah Melaka...Ini Rupanya

Ini rupanya buah melaka (bukan kuih buah melaka no..). Kali pertama tengok. Boleh makan rupanya buah nih.



Pastu nak up sikit :-) mmmm kita letak kat logo coach ;-) macam nih.



Ada baiknya bosan.....macam-macam di buat.....macam ambil gambar buah melaka nih! Ini sebab bosan menunggu!

Pokoknya tak sempat nak snap. Ini pokoknya (gambar dari ms.wikipedia.org).



Ahad, 6 Januari 2013

Menu Tahun Baru yang Tak Baru !

Sarapan & makan tengahari pada 01.01.2013, lauk pauk semalam yang dimodify atau dipanaskan.  Lambat sikit masuk blog sebab tuan punya badan kurang sihat!

Nasik goreng semua ada! Ada tempe & tauhu yang digoreng kunyit, ada ikan kering gelama dan daging goreng rempah. Bahan-bahan ni dipotong kecik-kecik, tumis bawang, cili api & belacan....campak barang yang di dipotong, letak kicap & garam sikit..dah siap.



French Loaf dimakan bersama dengan sup cendawan campbells. 





Yang ni, cucur ikan bilis dengan sambal ikan sardin. Sambal ikan sardin yang semalam punya.





Malam nak makan apa? Maggi ada...asam laksa lagi tapi digoreng. Ada lebih taugeh dan daun bawang. Konon dah banyak makan makanan berminyak, jadi dinner...memang tak berminyak. 

Cara buat, telur di pecahkan dalam pan (tak pakai minyak tau) hancurkan. Lepas tu masukkan perencah asam laksa yang dah di campur dengan air panas. Kemudian, masukkan maggi yang sudah dicelur...akhir sekali, letak taugeh & dauh sup. 


Menu Semalam

Yang nih kita cerita pasai makan!

Lunch di Sri Hainan Kopitiam, nasi ayam. Selalu juga pekena nasi ayam di sini tapi kali pertama ambik kerabu mangga....ciput di hujung pinggan tuh, kena tambah RM2.50. Lebih suka yang tak der kerabu mangga.



Sejam selepas tu pi Pak Li Kopitiam pula, pekena Katong Laksa (menu kegemaran saya di sini) dan kali pertama rasa Ice Blended (Chocolate) nih. Silap percaturan, dua-dua berlemak!




Malam pula, ini saja....makan di gerai. Suka nasi putih di sini.






Sabtu, 5 Januari 2013

Kucing Kesayangan Ibuku


Ini dia kesayangan mymommy :-) Namanya Ringgo....si hidung besar, haha! Kutu banyak...haha, mymommy rajin cari kutu dia. Si Ringgo ni takut sikit kat orang...dia nak kat mymommy jer! Dengan saya pun...kalau dah lama tak tengok, nampak jer saya lari nyorok bawah katil.

Ringgo dah ada saingan sekarang....sapa ya? Sejak saya bawa balik si Shiloh, mymommy dah sayang kat si Shiloh tu! 


Ini dia si Shiloh, saya bawak balik kampung masa dia 6 bulan....huhu! Sekarang ni sedih pun ada! Nak kata nyesal kasi pun ada! Apa pun barang yang lepas, jangan di kenang!

Shiloh & Ringgo tak boleh bertembung, mesti Ringgo bantai Shiloh! Shiloh pun pandai mengelak dari bertembung dengan Ringgo. Kenapa Shiloh disayangi? Sebab dia pandai bawak diri, rajin tangkap & bunuh cicak, lipas & tikus! Suara dia pun comel sangat!