Isnin, 17 Disember 2012

Rumah untuk Kucing


Terus teringat meowmeow saya bila terbaca kata-kata di atas. Ada someone post kata-kata di atas ni di FB. Apa lagi saya share kat wall FB saya. Inilah yang meowmeow saya lakukan. Meowmeow saya memang suka lepak atas katil saya & bila saya tidur, diaorang naik sama. Bab solat pun sama saja perangai meowmeow...sama-sama naik atas sejadah. 

Kucing perlu dibiarkan bebas dalam rumah, bukan dikurung. Kalau nak kurung sekalipun biarkan di tempat yang luas bukan sempit. Saya pernah lihat kucing rakan / sepupu saya yang diletakkan dalam kandang yang besar sedikit dari carrier semasa keluar bekerja, bila pulang kerja baru dilepaskan. Kesian kucing tu.

Saya pernah berangan nak buat rumah kucing yang besarnya macam ni. Cuba tambah bumbung. Ceh...berangan pulak! Rumah pun tak der tanah...hahaha! Ini kalau nak letak kucing luar rumah. Gambar ni ambik di FB Kelab Kucing Malaysia (KKM).


Kalau nak kurung jugak dalam rumah. Boleh buat macam gambar di bawah ni. Gambar ni saya ambil dari FB We Loved Fasha Sandha. Saya berangan lagi...hehehe rumah saya pun kecik. Sebab tu la meowmeow saya dibiarkan bebas dalam rumah!

Mana tahu akan datang, jika di izinkan Tuhan dan berkemampuan, ini yang akan saya lakukan untuk meowmeow saya :-) rumah meowmeow saya besar sama ada dalam atau luar rumah. Sudah semestinya ada yang special yang akan dibiarkan bebas dalam rumah! Pilih bulu pulak saya nih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.