Isnin, 3 Disember 2012

Meowmeow Sayang...apa yang tak kena ?

Dah lama saya perhatikan dan masih belum tahu puncanya. Meowmeow saya akan habiskan makanan dalam bekas kuning dulu, kemudian yang biru & akhir sekali pink. Pernah saya tukarkan makanan dalam bekas pink ke kuning & kuning ke pink, tetap apa saja dalam bekas pink akan jadi yang terakhir meowmeow saya makan. Pernah juga saya tukar susunan tetapi sama juga.

Kenapa? Adakah kerana bekas pink itu terlalu ke dalam, warna nya kah atau ada diskriminasi! Ye lah yang pink tu kan bentuk macam kucing! Kalau saya ada di rumah dan makanan habis dalam bekas kuning & biru, meowmeow saya akan bising seolah-olah mintak saya letakkan makanan! Sudah pasti kalau meowmeow saya boleh cakap mesti cerita dengan saya kenapa tak nak makan yang dalam color pink tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.