Ahad, 9 Disember 2012

Menu Pilihan di Sri Hainan Kopitiam

Saya kerap ke sini Suka makanannya. Tiap kali makan, asyik ambil yang sama saja. Jarang makan nasi di sini kecuali Nasi Ayam Hainan. 

Makanan seperti mee, meehoon, keow teow dengan masakan seperti hailam, kantonis, sup atau kari boleh pilih sama ada nak yang ayam atau seafood. RM1 lebih bagi seafood. Saya selalunya pilih set ayam.

Saya kongsi menu kegemaran saya. Yang mana saya ingat harga, saya nyatakan. Kalau tak silap saya, minuman di sini, kalau tanpa gula harganya kurang 20 sen.

Ini keow teow clear soup, RM7.90. Yang di bawah tu fried chicken wantan, RM4.90.


Cucur ikan bilis, RM5.90. Saya sorang tak boleh habis. Yang ni kena makan sikit saja, kalau banyak, muak. 


Ini minuman yang paling saya suka, sirap selasih :-) RM2.40. Jarang jumpa kat restoran yang ada buat air ni....maksud saya yang letak selasih. Sirapnya tak manis...tu yang saya suka.

Bila dah bosan dengan sirap selasih, saya cari barli suam. Barli tanpa gula ni, RM2.20. 


Nasi Ayam Hainan, RM7.90.  Ayam boleh pilih roasted atau steamed. Sedap lagi yang steamed.
 

 Mee Hailam, RM7.90.
 

Meehoon Kantonis, RM7.90.
 

Penang Keow Teow, RM7.90.

Set Wantan Mee, RM8.90.
 

Bubur ayam. Boleh tambah telur masin atau paru goreng, cuma tambah RM1.50 saja. Bubur ayam kosong dalam RM6.90.
 


Ada cuba ini, sea coconut longan, RM4.00 & yang di bawah tu mata kucing, RM2.40. Bukan selera saya.
 


 Yang ini teh halia, RM2.80. Pertama & terakhir untuk ku.

Ada satu hari tu nak cuba yang lain sikit, saya makan set nasi masala & ayam ni, RM12.90. Samalah pertama & terakhir.


Saya letak bill ni :-). Boleh nampak alamatnya kan! Kat sini tak der tax. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.