Ahad, 16 Disember 2012

Jual Beli Kucing......Tak Faham!

Masih lagi di kedai yang jual ikan perhiasan. Tapi kali ini pasal kucing. Kedai tu pun ada jual kucing tapi tak banyak.Ooppss...lupa pulak nak bagitau...cerita katak, ikan laga & kucing ini semasa saya berada di Melaka baru-baru ini, di Bukit Baru.

Bab jual atau beli kucing, saya tak faham. Sebab saya tak pernah buat. Kesian pulak tengok muka kucing-kucing ni. Ada 3 ekor Bengal & 2 Parsi di kedai tu. Saya ambil gambar Bengal saja sebab ramah betul dengan saya....kesian tengok.





Lepas makan tengahari saya kembali ke kedai tu untuk ambil barang. Mmm...dah tinggal dua ekor si Bengal ni.Tanya kat taukeh kedai, katanya baru tadi jual.

Ada juga orang yang beri pada orang lain atau jual kucing yang sedang dalam peliharaan mereka sebab nak beli kucing lain. Ini pun saya tak paham.

Lagi satu yang saya tak faham...bab buang kucing!

Kehidupan saya bersama kucing peliharaan saya bagai satu ikatan. Mereka terlalu istimewa dan tak boleh di jual beli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.