Isnin, 24 Disember 2012

Jom Kitar Semula

Kecil-kecilan saja. Selalunya hanya botol air & suratkhabar. Tempat yang selalu saya hantar, di pasar seksyen 6, Shah Alam. Dulu saya suka hantar di Seksyen 10 / 11 (tak ingak lak, salah satu, seksyen 10 atau 11)  dekat dewan tapi dah tutup. Tu yang beralih arah ke seksyen 6. Apa pun brother yang jaga di Seksyen 10 / 11 tu memang kenal sangat dengan saya....siap tolong simpan untuk saya kalau ada orang buang buku cerita yang best.

Buat kali ni ada pulak kotak kasut & kotak laptop. Yang lain macam biasa....suratkhabar & botol air. Duit yang dapat dari barangan ini, selalunya saya simpan dalam tabung. Jangan ingat sikit, cukup untuk cover duit gas saya! Haha, dapur yang jarang berasap...

Kenapa saya kitar semula? For fun :-)  Cuba bayangkan, jika kertas & plastik ini emas atau duit, pasti ramai yang kutip dan simpan! Saya punya fikiran macam ni, nampak jer barangan ini ingat emas, mesti kita nak tukarkannya kepada duit untuk buat belanja! Kalau tak leh, cuba  hargai apa saya yang ada dikeliling kita....kalau tak leh gak....jagalah alam sekitar kita :-)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.