Ahad, 9 Disember 2012

Dari Enam Jadi Empat

Dula ada 6 ekor. Niat nak pelihara semua...tup tup terpaksa lepaskan 2 ekor. Nak buat macam mana, ini namanya terpaksa. Mana satu nak dilepaskan? Bukan mudah nak buat keputusan. Tidur malam tak lena! Apa pun saya tak lepas bersepah...hantar balik kampung. My mom pun suka kucing...makin meriah la kampung ku dengan meowmeow.

Mai tengok anak bulu saya. Yang ini  namanya Yellow. Muka comel sangat tapi ganas. Ini yang saya hantar kampung...alasan nak sedapkan hati saya sebab dia ganas.

Nak hantar Yellow balik sekor, tak sampai hati. Jadi carikan dia teman supaya dia ada kawan. Yang mana satu. Pilih punya pilih.....fikir punya fikir, akhirnya Shiloh jadi peneman Yellow! Huhuhu....sedih Tuhan saja yang tahu! Shiloh di pilih sebab dia suka menyendiri berbanding yang lain. Jenis tak berkawan dengan meowmeow lain. Dengan saya pun dia tak berapa nak. Ini dia Shiloh. Halus suaranya...itu yang buat saya teringat sampai sekarang. Shiloh is my mom best friend. Mama sayang sungguh dengan Shiloh. Selalu usik my mom, kata nak ambil balik Shiloh....mmmm jangan harap boleh dapat!

Akhirnya ini yang tinggal. Nampak tu ada 4 bulatan...dalam setiap bulatan tu ada meowmeow yang bersama saya sekarang ini. Muahh...sayang sangat semua meowmeow ku termasuk yang di kampung.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.